Pada era penghujung tahun 80an hingga 90an, nasi baryani Mohd Shah [ Mohd Esa b Abd Rahman ] Peserai Batu Pahat begitu popular dan dikenali bukan saja oleh peminat-peminat nasi baryani gam penduduk tempatan malah dari daerah lain berhampiran seperti Muar, Kluang dan pontian, juga Johor Bahru dan Singapura.
Sebut saja baryani Mohd Shah semua orang tahu nasi baryaninya memang lazat, aromanya menjadi pembuka selera pengunjung-pengunjung yang datang setiap hari. Malah pada satu ketika dulu terutamanya pada waktu puncak makan tengah hari, restoran Baryani Mohd Shah dibanjiri pelanggan dari merata tempat sehinggakan pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan nasi baryani tersebut. Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada ketika itu.
Kepada peminat nasi baryani gam, kedai Nasi Baryani Mohd Shah terletak di no 13-14,Komplek Niaga benteng Peserai atau dikenali sebagai Medan Selera Benteng Peserai , berhampiran sungai Peserai.
Menu yang disediakan ialah nasi baryani ayam dan kambing disamping pelbagai jenis juga minuman turut disediakan. Harga bagi sepinggan nasi baryani kambing ialah RM 6.00 manakala nasi baryani ayam pula RM5.50. Waktu operasinya pula bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari.
[ Sehari boleh habis 3 periuk nasi baryani saiz besar seperti dalam foto ]
[ Ini adalah Promosi percuma untuk membantu peniaga bumiputera yang komited dalam perniagaan.]
13 ulasan:
wah.. bestnya.. lapor plak..
pergh..mantap ah nasi beriani nie..mmg sdap gle..ni rse teringin nk mkn lagi..
wahh. sangat yummy. wajib try nie bila dtg muar.
briyani~!! sangat sedap, lazat, enak, bla3.. haha..
meleleh wey air liur..tp itu le, jauh bebenor..xde cawangan kt klang valley ke??? :(
OM,
tengok gambo pun dah nak meleleh. Pasti melekit dan melekat gam nye tuh!.....
beriyani gam yang terbaik kat johor...md shah ni dulu slalu kirim kan nasi beriyani gam masa duk kolej sbb anak dia satu kolej ngan ron...
Bila lah dapat makan nasi beriyani terbaik punya ni...
nasi baryani gam power kat taman soga best...
md shah pnye tak sodap sangat skrg ni...
:)
Lapar
Assalam org muo,
Saya teringin nak pergi...senang tak nak jumpa stall ni? kalau saya drive dari muar ke bp...exit di mana ya? ke dekat2 tepi jalan jer?
NI BUKAN BERIANI GAM LAH....BERIANI KAT KEDAI NI CUMA BERIANI BIASA....BUKAN BERIANI GAM....
Helo...saya baru je pegi makan kat kedai md shah ni weekend lepas. Pics pun dah upload kat blog saya tadi www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah la ye blog saya topik pasal makan, makan dan makan 100% tak de topik lain hehe.
Kalau sudi follow yer blog saya TQ TQ TQ
Catat Ulasan