Pekan Rabu Alor Setar - orangmuo.my

Post Top Ad

Pekan Rabu Alor Setar

Share This
Baru - baru ini orang muo ke utara menjemput anak sulung yang telah menamatkan pengajiannya di UUM selama 3 tahun. Kemudian singgah dan bermalam dibandar Alor Setar. Antara tempat popular di Alor Setar ialah Pekan Rabu.
Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah.  Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.
Hampir 100% peniaga di situ ialah orang Melayu dan bumiputera. Majoritinya kaum wanita. Pelbagai jenis barangan terutamanya pakaian banyak terjual di Pekan Rabu. Orang Muo dapati kebanyakan barangan adalah hasil keluaran penduduk tempatan . Kita tumpang bangga dengan kejayaan Kaum Melayu Kedah kerana  dapat mempertahankan aktiviti jualannya walaupun banyak cabaran dan saingan yang terpaksa dihadapi terutamanya dari kalangan peniaga kaum lain. Sekurang-kurangnya bangsa Melayu mampu berniaga di tengah-tengah bandar raya. Itu yang kita mahu lihat...
Bagaimana dengan harga barangan di Pekan Rabu? Tinjauan orang muo mendapati harga sesetengah barangan hampir serupa dengan tempat-tempat lain sama ada di Kedah atau di Johor. Namun begitu, terdapat juga  barangan asesori pakaian seperti kain songket, baju Melayu, dan tudung lebih murah dan berpatutan daripada harga yang dijual di Muo. Tidak rugi jika kita berbelanja atau membeli-belah di Pekan Rabu di samping membantu saudara sebangsa kita supaya mereka lebih berjaya dalam perniagaan. Hidup Pekan Rabu Alor Setar. 

[ Selain Pekan Rabu Alor Setar, Pasar Payang Kuala Terengganu dan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu adalah mercu tanda kejayaan orang-orang Melayu Desa yang berjaya dalam bidang perniagaan yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu...]

Post Bottom Ad

Pages