Tuban, Indonesia [Reuters]- Tanah bukan saja digunakan sebagai sebahagian bahan untuk membuat batu bata dan tembikar, tanah juga dijadikan sebagai makanan ringan atau snek
Tuban, terletak di Wilayah Jawa Timur, satu-satunya kampung di dunia yang mengusahakan snek dipanggil 'ampo' diperbuat daripada tanah hitam yang tidak tercemar. Snek tanah ini diusahakan oleh sebuah keluarga sejak beberapa generasi turun-temurun.
Sungguhpun tiada bukti daripada pihak berkuasa bahagaian kesihatan & perubatan, penduduk kampung tersebut percaya ampo amat berkesan untuk meredakan penyakit seperti sakit kepala. Selain itu mereka juga mempercayai ibu-ibu yang sedang hamil jika mengamalkan makan snek ampo ini, ia membantu pembentukan kulit bayi dalam kandungan akan lebih sihat halus dan licin.
Tiada resepi khusus untuk membuat snek ampo, hanya menggunakan kayu untuk mengetuk-ngetuk tanah menjadi keras dan padat, kemudian dipotong tipis halus-halus menggunakan cebisan buluh. Selepas itu di bakar dan diasap selama setengah jam dan sedia untuk dimakan.
Jika kualiti tanah lebih baik maka rasa snek ampo akan lebih sedap dan rangup, kata Pn Rasima, 53 tahun yang mengusahakan snek daripada tanah hitam itu.
Bekalan tanah tersebut didapati berhampiran kawasan sawah padi miliknya. Walaubagaimanapun bukan semua tanah yang boleh digunakan untuk membuat snek ampo. Dia mempunyai pengetahuan daripada datuk dan neneknya menentukan jenis tanah yang sesuai serta pengalamannya bekerja sebagai pesawah padi sejak bertahun-tahun . Setiap hari beliau membuat snek ampo,dan dijual di pasar dengan pendapatan USD $2 sehari untuk menyara keperluan keluarganya
Menurut kata seorang pelanggan, Siti Qamariyah, " Saya makan snek ini sejak kecil. Rasanya sedap, tiada apa yang istimewa tetapi perut saya rasa sejuk, selesa dan tidak mengalami sebarang masalah sampingan.
11 Comments
salam kenal ya, semoga brkenan
saya sudah follow lama di blogg anda kok
agaknya kalau ada jual kat sini, ntah berani ntah tidak sy memakannya...
ni lebih mineral klu mkn tanah ni. heee~
*pernah terbaca dlu 1 puak kat afrika mkn tanah liat. buat cam buat lempeng keras..