Seekor monyet berpakaian baju polis menarik perhatian penduduk dan pelancong di Selatan Thai. Polis monyet ini sentiasa di samping rakan sejawatnya menaiki kenderaan polis menjalankan tugas di daerah Saiburi Yala. Polis monyet ini telah direkrut oleh anggota polis dengan misi untuk meredakan ketegangan antara kaum dan agama yang sedang berlaku di Selatan Thailand.
Dengan aksi dan keletah Sang Monyet berpakaian polis ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan pelbagai etnik dan agama dalam masyarakat majmuk.
Monyet yang diberi nama 'pig-tailed macaque ditemui dengan tangannya patah oleh seorang pegawai polis, Korporal Yutthapol Phromdao Yutthapol, lalu dipelihara dan dilatih memetik buah kelapa.
Dengan adanya polis monyet bersama ketika menjalankan operasi kawalan di sempadan, monyet ini telah menjadi perhatian penduduk yang keluar masuk di pintu sempadan, malah mereka mengambil kesempatan bergambar dengan polis monyet ini.
Semenjak adanya monyet berpakaian polis, keadaan tegang di kawasan tersebut dapat dikurangkan dan hubungan antara penduduk Islam dan Budhha bertambah baik.
each service being rewarded with a bottle of milk.
10 comments:
kalau tak Malaysia buat macam ni macamana? lagi jem jalan! @ lagi banyak eksiden...sebab orang asyik tengok monyet
ada juga kegunaan/kemahiran sang monyet daripada hanya pandai panjat pokok kelapa
wakakaka....
macam2 tol...
tapi bler tgk 3x pic monyet tu, ade iras2 padayappa plak...hahaha
Salam...:)
Ok jugakkan...tak perlu susah2 nak samak..
aduhaii..:)
garang juga polis jenis baru ni...
Jangan nanti ada pula yang pakaikan monyet-monyet itu baju merah atau putih.
salam,
konfius la pulak. istilahnya polis monyet atau monyet polis? hehehe... jgn marah, gurau²
polis monyet.. cam klakar pun ye gak..
haiwan plak yg nak kawal manusia.. erkk!
Bertuahnyer monyet tu...
hehehe bleh palk cam tuu ..
Post a Comment