Jurugambar hidupan liar, Greg du Toit sanggup menderita kerana cita-cita dan usahanya untuk merakam aksi-aksi natural Sang Singa sedang minum di sebuah kolam Nguruman Hills, Kenya, 3 batu dari perkampungan kaum Masai.
Beliau sanggup berendam di dalam kolam yang kotor dan berkuman selama 3 jam setiap hari pada waktu haiwan-haiwan ini datang ke kolam untuk minum. Rutin ini dilakukan setiap hari selama 3 bulan [270 jam ]!
Dalam tempoh tersebut beliau telah diserang penyakit demam malaria berdarah sebanyak dua kali yang hampir meragut nyawanya.
Berkat usaha dan kesabaranya hasil usaha beliau akan tersiar alam majalah 'BBC Wildlife magazine' . Kini beliau berjaya menempa nama dan kejayaan dalam bidang 'photographer'.
Kejayaan datang disebalik keperitan. Kejayaan hanya tercapai apabila kita berjaya melepasi penderitaan dan keperitan. Derita, keperitan dan kegagalan mengajar kita erti kehidupan sebenar.
12 Comments
kesiankan diri sdiri gak..
Azam dan semangat begini perlu disemai dalam diri anak-anak dan anak didik. Hendak seribu boleh, tak nak seribu dalih. The moral of the story is where there is a will, there is many way to success.
Tp berbaloi beb!
sanggup bersusah payah semata-mata untuk kepuasan sendiri..berbaloi-baloi..pic mmg cantik n berseni..
tapi tu la hampir meragut nyawa..ish..