Subscribe Us

Pembunuhan Kejam: Ditanam Hidup-Hidup Hanya Kerana Berbual Dengan Remaja Lelaki


 KEJAM: Lubang yang digali saudara-mara mangsa di pekarangan rumahnya di wilayah Adiyaman, Turkey

ISTANBUL: Polis Turkey menemui mayat remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikatakan ditanam hidup-hidup semata-mata kerana dilihat berbual dengan remaja lelaki.

Mayatnya ditemui dalam keadaan duduk dengan tangannya diikat dalam lubang sedalam dua meter. Lubang itu digali di bawah reban ayam di luar rumahnya di Kahta dalam wilayah tenggara Adiyaman. Polis menemui mayat itu Disember lalu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, lapor akhbar Turkey, Hurriyet, Khamis lalu.
Budak perempuan itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh keluarganya.Polis berkata mangsa dibunuh selepas satu mesyuarat 'majlis' keluarga. Bapa dan datuk mangsa ditahan selepas penemuan itu, manakala ibu remaja itu yang pada mulanya ditahan sudah dibebaskan.  

Media melaporkan bapa mangsa memberitahu saudara-maranya bahawa beliau kurang senang dengan pergaulan bebas anak perempuannya itu. Datuk mangsa didakwa memukul remaja itu kerana pergaulan berkenaan. Bedah siasat mendapati paru-paru dan perut mangsa penuh dengan tanah, menandakan remaja itu mungkin dalam keadaan hidup ketika ditanam.  

'Hasil bedah siasat sangat ngeri dan menyebabkan bulu roma meremang. 'Menurut dapatan kami, mangsa - yang tidak menunjukkan sebarang kesan lebam pada tubuh atau kesan narkotik atau racun dalam darah - masih hidup dan sedar ketika dia ditanam,' kata seorang pakar forensik yang tidak mahu dikenal pasti. -- Agensi.

Post a Comment

7 Comments

Nadiene said…
manusia semakin hilang pertimbangan kan,, hmmm
Unknown said…
Salam. Apabila manusia bersifat binatang, itulah yang berlaku...
Hami Asraff said…
nauzubillah. terlalu banyak manusia bersifat binatang sekarang ni. tanda-tanda akhir zaman.
Hairun Azmi said…
Dasyatnyer pemikiran mereka sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian.
cangkat pemikiran.
zuliana said…
kejamnye...
dunia skrg mmg kejam..
kt blog sy pn br ltk entry psl bapa yg kejam liwat abk yg umur br 5 bln..blaku kt m'sia.
mr.nice said…
ni lah kalu singkat permikiran..