LONDON:Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel barah
esofagus (kerongkong) di dalam satu ujian makmal. Ini sekali gus
memberi pembayang bahawa molekul itu mungkin berpotensi dibangunkan
sebagai rawatan antibarah.
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Barah Cork di Ireland, berjaya merawat sel barah kerongkong dengan menggunakan curcumin (kunyit) iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam
Kajian yang
disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan bahawa
sel-sel barah tersebut juga mula terhadam sendiri. Penyelidikan
saintifik sebelum ini mengakui kunyit mampu mengawal tumor dan mereka
yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu.
Ini meskipun kunyit dikatakan akan kehilangan ciri-ciri antibarah
sebaik dimakan.Namun, Cik Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu
berkata terdapat potensi untuk menjadikan kunyit sebagai ubat antibarah
bagi merawat barah kerongkong.
Barah kerongkong membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap
tahun.Tumor yang tumbuh sangat mengancam nyawa dengan kadar peluang
pesakit untuk hidup selama lagi lima tahun ialah antara 12 dengan 31
peratus.
Menurut Cik McKenna, kajian menunjukkan kunyit menyebabkan sel barah
mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'.
Pada 2007,
penyelidik Amerika Syarikat mengumumkan mereka mendapati kunyit mampu
merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. -- Reuters.
10 Comments
Dan sireh pula...penyebab barah mulut. Betul ke?
yke..
tapi kalo tergigit
rasenye..
alahai..
haha..
TQ ea!