Subscribe Us

Abu Musa Jabir Ibn Hayyan digelar Bapa Kimia Moden


Kajian mengenai ilmu kimia merupakan sumbangan penting yang diwarisi daripada cendekiawan Muslim bagi tamadun moden. Cendekiawan serta ahli sejarah Barat juga mengikuti asas ilmu kimia moden diambil daripada ahli kimia Muslim. 


Justeru gelaran Bapa Kimia Moden telah diberikan kepada ahli kimia Muslim Jabir Ibnu Hayyan. Jabir Ibnu Hayyan atau nama penuhnya Abu Musa Ibn Hayyan Al-Azdi lebih dikenali sebagai Geber di dunia Barat. Beliau juga kadang kala dipanggil al-Harrani atau al-Sufi merupakan seorang anak penjual ubat.


Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Jaâafar Sadiq dan putera Umayed iaitu Khalid Ibn Yazid. Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rashid.  


Jabir Ibn Hayyan yang lahir pada 721 Masehi di Tus, Iran dan meninggal dunia dalam tahanan rumah di Kufah, Iraq pada 815 Masehi. Seorang ahli kimia Jerman pada abad ke-18, Will Durant dalam bukunya The Story Of Civilization IV: The Age of Faith mengakui kehebatan cendekiawan Muslim semasa zaman khalifah dalam ilmu kimia. Malah Durant berkata, kimia merupakan ilmu yang hampir seluruhnya diciptakan semasa Tamadun Islam mengalahkan tamadun Yunani yang memberikan hipotesis yang samar-samar.


Manakala dalam tamadun Islam, saintisnya telah memperkenalkan pemerhatian yang tepat, eksperimen terkawal, serta catatan atau dokumen yang begitu terperinci. Malah sejarah mencatatkan tamadun peradaban Islam di era kejayaan telah melakukan revolusi dalam bidang kimia. 


Cendekiawan Islam telah mengubah teori-teori ilmu kimia menjadi sebuah industri yang penting bagi peradaban dunia. Dengan memanfaatkan ilmu kimia, ilmuwan Islam di zaman kegemilangan telah berhasil menghasilkan sederet produk dan penemuan yang sangat dirasakan manfaatnya hingga kini. 


Berkat revolusi sains yang dicetuskan cendekiawan Muslim, dunia mengenal pelbagai industri yang melibatkan kimia.. Tidak dinafikan bahawa alkohol, nitrat, sulfur dan natrium dan kalsium merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia moden adalah hasil penemuan cendekiawan Islam. 


Revolusi ilmu kimia yang dilakukan cendekiawan Muslim semasa zaman kegemilangan telah melahirkan pelbagai teknik seperti sublimasi, pengkristalan kapur, penyulingan, celupan dan penyucian. 


Hasil kajian yang dijalankan terhasil teori pengoksidaan-penurunan yang begitu popular hingga ke hari ini. Unsur penting seperti asid hidroklorik, asid nitrat dan asid asetat lahir daripada hasil penelitian dan pemikiran Jabir. Kajian berkenaan merupakan salah satu kejayaan dalam penyulingan alkohol. 


Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia dalam memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden. Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan dalam 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Antara dua buah bukunya yang terkenal adalah Kitab al-Kimya dan Kitab al-Sabâeen. 


Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama. Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik. Salah satu pencapaian penting lainnya dalam revolusi kimia adalah mendirikan industri minyak wangi.   [dipetik dari majalah Estidotmy]

Catat Ulasan

0 Ulasan