Pukau biasanya menggunakan jin.
Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat
berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam
terutama semasa mahu tidur.
Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati
sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini
bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi
khasiatnya.
Berikut ialah tempat-tempat berhenti apabila membaca ayat Kursi
untuk
dijadikan penawar. Baca setiap baris ayat dengan satu nafas.اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan
kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
0 Comments