Kita semua tahu bahawa bawang putih memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya bawang putih digunakan untuk merawat penyakit, kecantikan, dan yang paling utama digunakan dalam masakan.
Bermacam-macam petua telah kita ketahui bagaimana hendak melembutkan daging yang dimasak tetapi kadang-kadang tidak menjadi. Berikut petua mudah melembutkan daging;
Jika anda membeli bawang putih, belilah labu bawang putih [contoh gambar]. Ambil tangkai labu bawang tersebut dan simpan. Tangkai labu bawang ini berguna untuk melembutkan daging yang kita masak.
Untuk sekilo daging masukkan 3 atau 4 tangkai labu bawang putih ke dalam masakan anda, Daging menjadi lembut dan sedap. Petua ini sesuai untuk daging masak kari atau atau masakan jenis berkuah. Selamat mencuba.
0 Comments