RAWATAN
Rawatan bagi mengatasi masalah nyanyuk
bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan
oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini.
Bagaimanapun, ia hanya boleh diberi melalui suntikan memandangkan dos yang
terdapat pada vitamin tambahan atau makanan tidak mencukupi untuk keperluan
pesakit.
Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan
hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan
memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak.
"Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok
atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya
seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk.
Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan
sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun
penggunaannya tidak begitu digalakkan," katanya lagi.
Dalam keadaan ini, pesakit hanya memerlukan
penjagaan kebajikan dirinya kerana pesakit boleh mengalami pelbagai
komplikasi lain seperti kematian akibat kemalangan dan sebagainya. Ini
kerana pesakit yang hanya berbaring dalam satu keadaan sahaja boleh
memudaratkannya dan perhatian daripada seseorang diperlukan bagi membantunya
mengubah kedudukan pesakit. Bagi pesakit yang tidak di kawal, ubat sedatif
digunakan bagi mengawal pergerakan mereka.
"Majoriti pesakit mati akibat jangkitan
seperti penyakit pneumonia. Ini kerana pesakit yang mengalami dimentia yang
teruk hanya mampu berbaring sahaja dan tidak batuk bagi mengeluarkan kahak.
Kadangkala pesakit boleh mengalami kematian akibat penyakit lain dari
nyanyuk. Oleh itu, pesakit perlu diberi penjagaan dan kawalan untuk
keselesaan mereka.
PERBEZAAN LUPA DAN NYANYUK
"LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang
sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu
seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari
penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka'
seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof.
Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan
kekeliruan antara kedua-dua istilah ini.
Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja
sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap
mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah
atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.
Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa
juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa
paling kerap dialami individu ialah:
1. Lupa secara spontan
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.
2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.
3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.
DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik
oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi
mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang
dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan
mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka
menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari
bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa.
PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT
SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia
melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak.
Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal maun atau hanya makan
sayur-sayuran sahaja.
Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami
membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah
di dalam tulang sum sum.
Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan
dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi
dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan
faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.
Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma
tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin
B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan
bijirin. [Rujukan: pelbagai sumber]
0 Comments