Hari ini anak orang muo melapor diri dalam program PERMTApintar di UKM [Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS (Adaptasi dari Center for
Talented Youth (CTY) – John Hopkins University)
Pelajar pintar cerdas berbakat ( PCB) yang
berumur diantara 9 hingga 15 tahun yang dikenal pasti pintar cerdas
berbakat akan mengikuti program perkhemahan musim cuti sekolah. Seramai 68 orang calon dari Johor, 16 orang daripadanya dari Muar / Ledang terpilih ke program tersebut . Manakala 405 orang peserta dari seluruh negara, 200 orang pelajar sekolah rendah dan 205 orang pelajar sekolah menengah dipilih setelah berjaya melepasi dua ujian saringan secara online pada bulan Jun dan Ogos yang lalu. Program perkhemahan ini akan dijalankan mulai 30 November 2009 – 17 Disember 2009 (3 minggu) Tempat : Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi
[Foto:Sebahagian peserta program Permata Pintar dari daerah MUar Ledang berkumpul di SMK Tun Mamat Ledang, sedang menunggu ketibaan bas yang akan membawa mereka ke UKM untuk melapotr diri.]
Ibu bapa pelajar peserta Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar 2009
Ia mengandungi komponen pengayaan kurikulum seperti yang dilaksanakan di Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University. Pengayaan Kurikulum memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari aspek-aspek berkaitan dengan sesuatu bidang ilmu secara lebih mendalam dalam konteks yang berbeza dari persekitaran di sekolah.
Perkhemahan ini akan dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh fasilitator yang dipilih oleh Jawatankuasa Program Pintar Cerdas Berbakat UKM. Mereka terdiri daripada ahli profesional dalam bidang yang ditawarkan, pensyarah, guru, pelajar UKM di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. Pelajar diberi peluang untuk memilih dua mata pelajaran dalam mana-mana bidang sama ada matematik, sains atau penulisan kreatif. Pemilihan tersebut bergantung kepada Ujian PERMATApintar UKM 1 dan Ujian PERMATApintar UKM 2 yang telah diduduki.
Tiga mata pelajaran akan diajar semasa di perkhemahan tersebut iaitu:
a) Sains
b) Matematik
c) Penulisan Kreatif
Anak orang muo [ berbaju hijau ] macam tak nak berpisah dengan ibunya...
3 Comments