Subscribe Us

Usain Bolt Lakar Rekod Baru Dunia 100m dan 200m

BETAPA sengsaranya empat pelari acara final 200m untuk mengejar Bolt yang tidak ada masalah untuk menang mudah, kelmarin


BERLIN: Usain Bolt harus menyambut hari jadinya ke-23, semalam dengan memori indah selepas gah meraih dua gelaran pecut di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin.

Kelmarin, jaguh dari Jamaica itu sekali lagi memukau tontonan dengan satu lagi larian yang menyaksikan dia memecahkan rekod sendiri acara 200 meter dengan catatan menakjubkan - 19.19 saat buat menjulang namanya selaku pelari pecut terbilang pernah disaksikan.

“Saya kini dalam laluan untuk menjadi seorang legenda,” kata Bolt.

Dalam perlumbaan pantas pernah disaksikan, Alonso Edward dari Panama meraih perak dengan catatan 19.81s manakala Wallace Spearmon dari Amerika Syarikat, gangsa, 19.85.

Setahun selepas dia mencipta 19.30s di Olimpik Beijing untuk mengatasi catatan Michael Johnson, 19.32s daripada Temasya Atlanta, dia mencantas 0.11s sama seperti yang dilakukan ketika memenangi 100m, Ahad lalu dengan kepantasan 9.58s.

Bolt kini pemegang rekod dunia dan juara dunia dan Olimpik dalam kedua-dua acara pecut - sesuatu yang tiada atlit lain dapat melakukan.

“Saya mencuba, saya begitu perit,” katanya. “Ia bukan perlumbaan bagus tetapi ia perlumbaan yang sangat pantas.”

Bolt menyatakan dia berusaha memperbaiki permulaannya dan ia cukup jelas bagi semua untuk dilihat tatkala dengan beberapa langkah dia sudah meninggalkan Edward dan Spearmon.

“Luar biasa - perlumbaan yang tidak masuk akal. Selekohnya sukar dipercayai,” kata bekas pemegang rekod dunia, Johnson. “Tidak ada atlit yang berlari di selekoh seperti itu dan mungkin tidak akan ada. - Reuters

Catat Ulasan

0 Ulasan