1. Didatangkan penyakit kulit
hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak
pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram
rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah,
buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh sebab tidak tahan dengan
kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar
jeritan itu. Tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada
26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan
sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau
pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau
meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat
beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9
hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah
tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan
bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan
sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau
tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Menurut pendakwah dan penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad dalam video ceramahnya, Mustafa Kamal Atartuk di hujung perjalanan menuju kematiannya, dia menghadapi azab nazak sakaratulmaut begitu lama sekali sehingga enam bulan barulah nyawanya dicabut. Saksikan video di bawah.
Apa yang telah dia lakukan
hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?
1. Membolehkan perempuan
memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai
seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak
barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki
menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di
satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan
bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada
pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak
secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran
dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam
bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan
Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek
dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir
patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di
mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan
dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang
sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara
terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang
perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid
Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta
melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian
Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang
waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan
kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. [Rujukan dari pelbagai sumber]
7 Comments
MasyaAllah. Perkongsian yang amat berguna! Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran dari kisah ini.
Saya juga pernah terbaca artikel ini diinternet dulu. Utk memudahkan, sekali lagi mohon kebenaran untuk berkongsi artikel ini ke dalam blog saya. Boleh yer...terima kasih.
smg dapat menjdi pembelajaran...