Subscribe Us

Sejarah Hajar Aswad Hilang 23 Tahun Angkara Daulah Qaramithah Syiah

Suatu ketika dahulu batu Hajarul Aswad ini pernah dicuri selama 23 tahun. Batu ini pernah dicuri oleh golongan yang mengikut ideologi Daulah Qaramithah yang menyimpannya 22 tahun sebelum Khalifah Al-Muktadir Billah berjaya merampasnya dan meletakkannya kembali di Masjidil Haram.

 

Hajar Aswad pada mulanya adalah batu tunggal yang lengkap. Bagaimanapun, disebabkan pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang sejarah, Hajar Aswad kini telah pecah kepada lapan keping dengan saiz berbeza yang kemudiannya telah dicantum dan dilekatkan pada bingkai perak yang besar.

 

Hajar Aswad dicuri Golongan Qaramithah Syiah

Hajar Aswad telah dicuri dari Makkah dan kekal hilang selama 23 tahun! Kaum Qaramithah Syiah merampas batu Hajar Aswad pada Januari 930 Masehi dan membawanya ke pangkalan mereka (yang sekarang adalah Bahrain) oleh pemimpin Qaramithah, Abu Tahir al-Qarmati.

 

Abu Tahir al-Qarmati adalah seorang penguasa Qarmati Bahrain. Saudaranya Abū Saʿīd Hasan ibn Bahrām al-Jannābī adalah pengasas negara Qarmatian. Abu Tahir al-Qarmati menjadi pemimpin pada tahun 923.

 

Daulah Qaramithah adalah sebuah ideologi yang dibawa oleh golongan Syiah yang meyakini keimaman Ismai bin Ja'far as-Shadiq. Daulah ini diasaskan pada tahun 278H oleh Abu Said Al-Hasan al-Jannabi. Fahaman ini telah berkuasa hampir 188 tahun dan menguasai pelbagai negeri antaranya Bahrain, Oman, Syam, Hajar dan Al Hasa.

 

Selepas kematian Abu Said Al-Hasan al- Jannabi, tampuk pimpinan golongan ini diambil alih pula oleh anaknya Sulaiman bin Abu Said al Husain al Janabi atau gelarannya Abu Thahir. Di bawah kepimpinan Abu Thahirlah, telah berlaku satu peristiwa hitam yang telah menggegarkan dunia Islam berikutan serangannya terhadap jemaah Haji dan kota suci Mekah.

 

Abu Thahir merupakan seorang yang ganas dan agresif. Pembunuhan, kecurian dan kerosakan harta benda adalah perkara biasa yang dilakukan oleh para pengikutnya. Malah, orang awam sangat takut kepadanya apabila terdengar namanya, mereka akan berusaha melarikan diri.

 

 

Masjidil Haram di Serang

Pada tahun 317H, sebuah rombongan Haji dari Iraq yang telah dipimpin oleh Manshur ad Dailami telah bertolak ke Mekah. Pada 8 Dzulhijah (dikenali juga sebagai Hari Tarwiyah, hari di mana para jemaah Haji sebelum menuju ke Mina, mereka wukuf dan bermalam di Arafah).

 

Ketika inilah golongan Qaramithah telah melakukan kacau bilau dengan menyerang, membunuh dan merompak para jemaah Haji ini. Dikatakan ramai yang terkorban dalam peristiwa ini. Setibanya di Masjidil Haram, Abu Tharir dan pengikutnya telah melakukan pelbagai kerosakan di Kaabah. Mereka telah menghancurkan pintu Kaabah.

 

Mereka menjarah Kaabah, memusnahkan bangunan, rumah dijarah, hamba dirampas, Hajar Aswad dicuri.  Selain itu, mereka juga telah mencampakkan mayat-mayat yang telah dibunuh ke dalam telaga zam-zam dengan tujuan untuk mencemarkan sumber air di Masjidil Haram.

 

Mereka telah membunuh jemaah haji dengan kejam. Laporan menunjukkan bahawa kira-kira 30,000 jemaah haji terbunuh ketika mereka sedang solat di sekitar Kaabah.

 

Abu Tahir mencuri Hajar Aswad

Sejarah memberitahu kita bahawa Abu Tahir kemudiannya mencuri Hajar Aswad dan membawanya ke Masjid Dirar, dan meletakkan batu tersebut di situ dengan tujuan untuk memaksa orang Islam mengerjakan haji di Masjid Dirar.

 

Dia ingin menjadikan Masjid Dirar sebagai tempat suci dan mengalihkan pelaksanaan  haji dari Mekah ke Masjid al Dirar tetapi gagal.  Dia tidak pernah mendapat apa yang dia mahukan.

 

Kembalinya Hajar Aswad ke Mekah

Dua puluh dua tahun kemudian ( 22 tahun), Khalifah Al- Muktadir Billah telah melancarkan satu serangan terhadap golongan ini bagi merampas dan membawa kembali batu Hajarul Aswad ke Masjidil Haram. Dianggarkan beliau telah membawa 80 ribu orang tentera menyerang golongan Qaramithah yang hanya seramai 3 ribu orang.  Setelah tewas, Abu Tharir telah bersetuju untuk memulangkan kembali Hajarul Aswad ke Mekah.


Ketika batu ini dibawa lari dari Mekah dahulu dikatakan puluhan ekor unta diperlukan untuk menarik batu ini. Pelbagai dugaan yang ditempuhi termasuklah banyak unta yang jatuh sakit.

 

Menariknya, ketika membawa pulang batu ini ke Mekah, hanya seekor unta sahaja yang digunakan. Peristiwa pemulangan kembali Hajarul Aswad ke Mekah berlaku pada tahun 339 H. (lbnu Khatir dalam kitabnya Al Bidayah wan Nihayah mengatakan ia adalah tahun yang berkat dan menggembirakan kerana orang Muslimin mendapat kembali batu yang bersejarah ini.)

 

Abu Tharir dkhabarkan mati dengan kematian yang paling mengerikan, badan dan dagingnya hancur dimakan cacing .

 

Hajar aswad menjadi saksi pada hari kiamat

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: Allah akan membangkitkan Hajar Aswad pada hari kiamat dengan dua mata yang dengannya ia melihat dan lidah yang ia berkata-kata, menjadi saksi kepada sesiapa yang menyentuhnya dengan kebenaran. [iluminasi.com, lifeinsaudiarabia.net,kisahmuslim.com]

Post a Comment

0 Comments