Walaupun beribu-ribu pendaki telah berjaya mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi di Bumi, namun hanya dua orang saja yang telah berjaya turun ke titik paling dalam di planet ini, iaitu Palung Mariana atau Jurang Mariana di Lautan Pasifik oleh pasukan Challenger Deep.
Terletak di barat Pasifik timur Filipina dan purata kira-kira 124 batu (200 kilometer) timur Kepulauan Mariana, Palung Mariana adalah parit berbentuk bulan sabit di kerak bumi yang berukuran lebih daripada 1,500 batu (2,550 kilometer) panjang dan 43 batu (69 kilometer) lebar secara purata.
Jarak antara permukaan lautan
dan titik paling dalam parit itu hampir 7 batu (11 kilometer). Secara tepat, ukuran
kedalaman jurang ini ialah 10,994 meter. Lantai jurang tersebut dinamakan
sebagai Challenger Deep. Sekiranya Gunung Everest diletakkan ke dalam jurang
Mariana, puncaknya masih berada di bawah air lebih daripada satu batu (1.6
kilometer).
Dengan kedalaman mencapai 11
kilometer, jurang mariana merupakan jurang yang paling dalam didunia. Ya! 11 kilometer
jauh ke dalam lautan. Nama jurang yang
dikatakan berusia 180 juta tahun ini diambil bersempena pulau mariana iaitu
Ratu Mariana yang berasal dari Sepanyol.
Jurang Mariana ialah sebahagian
daripada rangkaian jurang dalam global yang merentasi dasar lautan. Ia
terbentuk apabila dua plat tektonik berlanggar. Pada titik perlanggaran, salah
satu plat menjatuh di bawah satu lagi ke dalam mantel Bumi, mewujudkan parit
lautan.
Pada tahun 1951 kapal selam
Challenger II telah menggunakan sonar yang memudahkan untuk mengukur kedalaman
lebih tepat berbanding Challenger I yang ketika itu hanya menggunakan tali.
Oleh sebab kedalaman yang
melampau, Palung Mariana diselubungi kegelapan yang berterusan dan suhunya
hanya beberapa darjah di atas paras beku. Tekanan air di bahagian bawah parit
adalah kira-kira seribu kali ganda tekanan atmosfera standard di paras laut.
Tekanan semakin meningkat dengan kedalaman.
Suhu air di jurang mariana ini
1c hingga 4c sahaja kerana cahaya matahari tidak dapat sampai kerana terlalu
dalam dan keadaan sekitarnya gelap. Gelap bagi manusia tapi bukan gelap untuk
haiwan.
Percaya atau tidak,haiwan
haiwan tersebut mampu hidup meskipun tekanan yang kuat didasar jurang itu.
Terdapat haiwan yang ditemui rupanya agak pelik dan seolah olah seperti
'Alien'. Ada haiwan yang mampu mengeluarkan cahayanya sendiri yang disebut
sebagai 'Bioluminescence'.
Jangan terkejut kalau ada ikan
yang kepalanya lutsinar, ya kita boleh nampak dengan jelas apa yang ada pada
ikan tersebut kerana sifatnya yang lutsinar, nama ikan tersebut dipanggil
Spookfish.
Haiwan haiwan pelik yang
dijumpai di dasar laut itu mampu hidup kerana dicipta untuk melihat dalam gelap
dan mampu menyesuaikan diri dengan air yang sejuk. [deepseachallenge.com, britannica.com]
0 Comments