Menggunakan komputer riba
untuk melayari internet secara wayarles berkemungkinan besar boleh merosakkan kualiti sperma lelaki
dan bahkan membunuhnya, para saintis memberi amaran. Kajian makmal yang
dilakukan oleh sekumpulan penyelidik mendapati bahawa jika lelaki menggunakan komputer
riba di pangkuan tanpa wayar selama empat jam, wifi akan mengurangkan
pergerakan sperma dan merosakkan DNA-nya.
Walaupun sebelumnya telah diduga bahawa penggunaan komputer riba dapat merosakkan kesuburan sperma lelaki, namun kesan haba panas yang dihasilkan dari mesin komputer riba adalah penyebabnyanya. Penemuan awal menunjukkan kad wifi sebagai penyebab kerosakan sperma, para saintis yang terlibat dalam kajian ini telah menekankan bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
Penyelidik juga mengatakan hasil
kajian mengenai kesan buruk jika penggunaan komputer yang diletakkan di atas riba
tanpa wayar dilakukan pada manusia, hasil yang diperoleh mungkin sama sekali
berbeza dengan kajian berdasarkan makmal. Sebagai perbandingan, sebahagian
daripada penyelidikan makmal mereka, para saintis mengambil sampel dari 29
penderma sperma yang sihat dan memisahkannya menjadi dua pot.
Tujuannya adalah untuk melihat
kesan radiasi elektromagnetik yang dikeluarkan oleh komputer riba. Salah satu
sampel sperma diletakkan berhampiran di sebelah komputer riba dengan sambungan internet tanpa
wayar dan yang lain disimpan dalam susunan yang sama, tanpa komputer mudah
alih. Setelah empat jam, sampel sperma yang paling terjejas rosak adalah sampel
di sebelah komputer riba. Ini
menunjukkan bahawa kesan wifi komputer riba telah mengurangkan pergerakan dan
mobiliti sperma dan mengalami kerosakan genetik yang ketara.
Menurut agensi berita Reuters,
25 peratus sperma di sebelah komputer riba berhenti bergerak setelah empat jam,
manakala 14 dari sampel lain yang tidak bergerak. Selain itu, 9 peratus daripada
jumlah sperma di sebelah komputer riba mengalami kerosakan DNA tiga kali lebih
tinggi daripada sampel yang berlawanan. Hasil kajian telah diterbitkan dalam
jurnal ‘Fertility and Sterility’. [
0 Comments