Tingkah laku luar biasa seekor
haiwan memotong kepalanya sendiri kemudian menjana semula badan baru mungkin seperti
cerita fiksyen sains terkini, tetapi kelakuan aneh untuk spesies lintah laut
yang baru ditemui ini adalah kenyataan yang mengerikan.
Para saintis di Jepun telah menemui dua spesies lintah laut sacolossan yang dapat menumbuhkan kembali seluruh anggota badannya hanya dalam masa tiga minggu.
Sepasukan pakar yang memerhatikan secara kebetulan tingkah laku lintah ini terkejut dan pelik, tidak tahu bagaimana, atau mengapa haiwan itu melakukan tindakan ekstrem ini.
Kebiasaan sebilangan besar kes
pertumbuhan semula anggota kebanyakan haiwan seperti cacing dan cicak sebagai
contoh, mengganti bahagian badan yang rosak atau hilang dengan penggantian anggota
yang sama berlaku apabila bahagian anggota seperti lengan, kaki atau ekor hilang
disebabkan oleh pemangsa.
Namun bagi lintah laut ini yang tergolong dalam kumpulan sacoglossans, ia dapat melakukannya ke tahap luar biasa dengan menumbuhkan kembali tubuh yang sama sekali baru dari kepala mereka, yang sepertinya ia memisahkan badan asalnya dengan sengaja.
Kelakuan spesies lintah ini bertambah aneh, apabila kepala lintah yang telah bercerai dari badannya dapat bertahan secara mandiri selama berminggu-minggu.
Kemampuan luar biasanya yang lain ia juga mampu melakukan fotosintesis seperti tumbuhan yang mereka peroleh dari alga yang mereka makan. Malah tubuh asal yang terpisah dari kepalanya juga dapat hidup selama berhari-hari atau bahkan berbulan-bulan tanpa kepala.
(Video-Untuk memahami apa yang sedang berlaku, pasukan pakar melakukan ujian, memotong kepala lintah laut itu dengan menggunakan wayar nilon yang sangat nipis. Apa yang mengejutkan, kepala siput bergerak-gerak sejurus selepas melakukan autotomi dan seterusnya pada hari-hari berikutnya ia menjana badan baru)
Teori utama mengapa lintah laut ini melakukan tindakan memutuskan badannya adalah untuk mengasingkan kepalanya daripada parasit dalaman yang telah menginfeksi badan lamanya. Tindakan ini mungkin juga merupakan cara untuk bertahan dari serangan parasit dalam badannya dengan mengorbankan tubuhnya.
Oleh itu, sebagai kepala yang berautotomi (proses pengudungan anggota organisma), memisahkan diri dari badannya yang berparasit adalah tindakan terbaik untuk menghindari parasit tersebut.
Walaubagaimanapun,
sacoglossans mempunyai senjata rahsia. Lintah ini mampu kleptoplasti, atau berkeupayaan
untuk mencuri kloroplas, iaitu bahagian sel tumbuhan yang membolehkan mengubah
cahaya matahari menjadi tenaga melalui fotosintesis dari alga yang dimakan dan
menggunakannya untuk tisu sendiri. Ini membolehkan lintah laut melakukan fotosintesis
yang memberikannya tenaga cukup untuk memulakan proses pertumbuhan anggota badan
baru. [
0 Comments