Subscribe Us

Dua Pulau Ini Hanya Berjarak 3.8Km Tetapi Anda Memerlukan Waktu 21 Jam di Antara Kedua-Duanya

Dua buah pulau yang sangat berhampiran, hanya sejuah 3.8 km sahaja, namun sesiapa sahaja yang hendak berkunjung di antara dua buah pulau ini anda perlu menghadapi perjalanan seolah-olah memakan waktu yang panjang ke pulau ini, kira-kira 21 jam.

 

Pulau yang bernama Big Diomede dan Little Diomede ini merupakan dua buah pulau kecil terletak di Laut Bearing terkenal sebagai salah satu dari beberapa tempat yang istimewa dan unik di mana anda boleh melakukan perjalanan sama ada ke masa lalu atau ke masa depan dalam jangka waktu singkat.

 



Kedua-dua pulau ini hanya berjarak 2.4 batu (3.8km) sahaja tetapi terpisah waktu kerana masing-masing terletak di dua buah negara yang berlainan  menyebabkan perbezaan jarak waktu sangat jauh iaitu 21 jam.


Faktor tarikh garis antarabangsa di antara kedua buah pulau yang berperanan sebagai sempadan antara Rusia dan Amerika Syarikat menjadikan pulau The Big Diomede digelar "Pulau Esok", adalah milik Rusia, sementara pulau Little Diomede, atau "Pulau Semalam", adalah wilayah AS.


Kebetulan, garis waktu antarabangsa ini melintas tepat di antara dua kepulauan Diomede, di Laut Bering, memungkinkan untuk perjalanan melalui perbezaan waktu lebih sehari walaupun hanya melintasi jarak hanya 3.8 km.


Ketika waktu di Little Diomede Amerika berada pada tengah hari, hari Khamis,  di Big Diomede Rusia pula berada pada jam 9 pagi hari Jumaat.


Walaupun jaraknya hanya beberapa batu, anda sebenarnya dapat melihat pulau Diomede dari salah satu yang lain, bermaksud secara teknikalnya anda juga dapat melihat masa depan, atau masa lalu. Logiknya anda harus belayar atau berenang di antara dua pulau Diomede, tetapi pada musim sejuk beku akan terbentuk sebuah jambatan ais yang membolehkan anda hanya berjalan kaki di antara dua buah pulau ini.


Namun perjalanan antara dua pulau adalah dilarang sama sekali kecuali dengan pas khas kebenaran masuk keluar, bahkan kapal nelayan asing yang terlalu dekat di kedua-dua belah pihak kadang-kadang mendapat beberapa tembakan amaran daripada tentera yang berkawal di sana.

 

Kampung asal pulau Little Diomede

 

Garis tarikh antarabangsa adalah garis waktu yang melintasi tengah Lautan Pasifik, menandakan perbezaan antara tarikh kalendar. Melintasi garis dari timur ke barat, anda perlu mengatur jam anda ke hadapan sehari, sementara melintasi dari barat ke timur, anda akan mengaturnya kembali sehari.


Garis waktu antarabangsa dari kutub Utara ke Selatan, sebenarnya tidak lurus, sebaliknya zig-zag dengan mengambil kira pelbagai sempadan politik. 


Pulau-pulau ini pada awalnya didiami oleh komuniti Eskimo sejak 3000 tahun yang lalu. Orang Eropah pertama yang sampai ke pulau-pulau ini ialah penjelajah Rusia bernama Semyon Dezhnyov pada tahun 1648. Lapan puluh tahun kemudian, ia ditemui semula oleh pelayar Denmark Vitus Bering pada 16 Ogos 1728, hari di mana Gereja Ortodoks Rusia memperingati St. Diomede.

 

Ketika Amerika Syarikat membeli Alaska dari Rusia pada tahun 1867, ia termasuk Little Diomede. Sempadan baru dibuat antara dua Kepulauan Diomede dan Big Diomede diserahkan kepada Rusia.

pulau Big Diomede

Sementara Little Diomede berkembang menjadi komuniti kecil sekitar 75 individu, dengan gereja dan sekolah, Big Diomede menjadi pangkalan tentera Rusia.


Selepas Perang Dunia II, penduduk asli diusir dari pulau itu untuk mengelakkan kontak melintasi sempadan, dan mana-mana penduduk Little Diomede yang sesat melintasi perairan terlalu dekat dengan Big Diomede akan ditawan oleh Rusia.


Hari ini pulau Big Diomede tidak mempunyai penduduk tetap tetapi ia adalah lokasi stesen cuaca Rusia dan markas pasukan pengawal Perbatasan Rusia.


Penduduk Eskimo Little Diomede menjalani kehidupan melakukan aktiviti sara hidup menuai ikan dan ketam, memburu ikan paus beluga, walrus, anjing laut dan beruang kutub. Sebilangan besar bekalan datang dari tanah besar melalui penghantaran tongkang tahunan ke kedai seperti Wal-Mart.


Sebilangan penduduk bekerja sebagai pegawai kerajaan tempatan atau sekolah. 

Terdapat beberapa aktiviti penangkapan ikan dan perlombongan komersial di pulau ini, tetapi kedua-dua industri tersebut mengalami kemerosotan. [amusingplanet.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan