Subscribe Us

Heaven On Earth: Pemandangan Terindah Di Mana Langit Dan Bumi Bercantum Menjadi Satu Mewujudkan Suasana Seperti di Syurga


Salar de Uyuni, tempat yang dikatakan langit bercantum dengan bumi merupakan kawasan luas mendatar bergaram, yang terletak di Bolivia Selatan berhampiran gunung berapi Tunupa negara ini merupakan gurun garam terbesar di dunia, sekitar 11,000 km persegi.

 

Ia terjadi pada hampir sepanjang tahun , Salar ( kumpulan garam semula jadi yang terdedah) mengeras dan kering, di mana sewaktu musim hujan dengan kahadiran musim panas kawasan itu akan berair . 

Pada waktu itu garam yang mendatar luas akan bertukar menjadi cermin yang besar dan memantul wajah keseluruhan langit seolah olah langit berada di bawah bercantum dengan bumi. Mereka gelarkan tempat ini ‘the heaven meets the earth’.

Flat garam itu berada pada ketinggian 3600m dari permukaan laut di Andes menjadikannya hampir mungkin untuk mencapai dan menyentuh awan dari darat.

 

Pengunjung ke kawasan ini dapat menikmati pemandangan hamparan garam putih yang luas dan menakjubkan di kawasan yang sangat terasing dari dunia moden.


Terdapat 5.4 juta tan litium tepat di bawah permukaan garam.  Litium di kawasan ini merupakan separuh dari bekalan dunia yang digunakan dalam bateri untuk telefon bimbit dan komputer, serta menjadi elemen utama dalam kereta elektrik. 




[reddit.com/uyunisaltflat.com]

Catat Ulasan

0 Ulasan