Subscribe Us

China Mengeksploitasi Krisis Covid Untuk Memperkasa Kekuatan Ketenteraannya Mengawal Laut China Selatan Yang Sangat Strategik; AS Bertindak Balas

* Para pakar bimbang Laut China Selatan adalah lokasi perang baru melibatkan China, Amerika Syarikat dan Rusia
* Menteri pertahanan China mengatakan negaranya akan 'berperang dengan segala apa cara' jika berlaku perang dengan Amerika
* Keselamatan negara Malaysia serta jirannya semakin terancam, bagaimana jika Peperangan antara tiga negara kuasa besar ini berlaku di Laut China Selatan?
China telah memanfaatkan menambah kekuatan tentera bersenjatanya ketika dunia sedang berjuang dengan Covid-19 dengan mengganggu dan menekan keatas tuntutan haramnya meluaskan jajahan kawasan daratan dan perlombongan minyak di kawasan seluas dua juta batu persegi di Laut China Selatan.




Langkah China tersebut telah mencetuskan tindak balas segera dari Presiden AS Donald Trump.  AS sangat bimbang akan keinginan Beijing yang tidak puas terhadap tanah dan cara ketenteraannya menduduki kawasan secara senyap-senyap, memaksa Trump mengarahkan Washington menghantar tiga buah kapal perang ke wilayah itu.
Eskalasi permainan perang di rantau ini susulan tindakan pencerobohan oleh pemerintah Komunis ini telah berlangsung selama beberapa dekad.

China mengabaikan undang-undang antarabangsa kerana khazanah pulau dan terumbu yang sangat berharga, merancang untuk mengeksploitasi rizab ladang minyak dan mineral, dan berharap dapat membangun reaktor nuklear di wilayah tersebut.

Tidak hairanlah para pakar bimbang bahawa Laut China Selatan adalah tempat perang yang melibatkan China, Amerika Syarikat dan Rusia. Menteri pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe, mengatakan negaranya akan 'berperang dengan segala cara' jika berlaku perang dengan Amerika.
Negara-negara jiran Malaysia, Filipina, Vietnam, Taiwan dan Brunei semuanya terlibat dalam krisis.

Laut China Selatan sangat penting bagi ekonomi global. Ia mengandungi jalur perkapalan yang paling menguntungkan di dunia, dengan nilai perdagangan sekitar  £3.4 triliun setahun.

Perselisihan mengenai wilayah ini bermula pada tahun 1947, setelah Jepun menyerah kalah dalam WW2 pada tahun 1945. Beijing membuat garis persempadanan yang disebut 'Nine-Dash', di mana ia menuntut kedaulatan keatas 90 persen Laut China Selatan .

Tindakan China telah membuatkan negara-negara lain  marah, dan mendakwa bahawa Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut sedang dicabul.

Inti pertikaian adalah tuntutan pesaing dari negara-negara berhampiran atas hak pemilikan kepulauan Spratly dan Paracel termasuklan Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mana-mana sahaja negara yang memiliki pulau-pulau ini akan dapat menuntut perairan dan sumber-sumber di sekitarnya.



China telah mengubah tiga terumbu pasang yang dipertikaikan menjadi pangkalan tentera. Gambar satelit menunjukkan infrastruktur yang besar di tiga terumbu 'Big Three' - Subi, Mischief dan Fiery Cross.

Lapangan terbang lain di Pulau Woody dilengkapi dengan peluru berpandu, sementara jet tempur dan sistem radar juga telah ditempatkan di sana.

Ketika Presiden Trump yang marah dan menyalahkan China beliau mendakwa virus Covid-19 yang melanda AS lebih kuat daripada pengeboman Jepun di Pearl Harbor adalah berpunca daripada China, menyebabkan situasi kini akan menjadi bertambah buruk. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan