Disebalik kelazatannya buah sukun
banyak manfaat untuk kesihatan. Manfaat sukun untuk kesihatan sudah terbukti
mampu dijadikan sebagai bahan pengubatan dan mencegah penyakit tertentu.
Buah sukun memiliki banyak nutrisi baik yang diperlukan tubuh seperti:
- Serat.
- Karbohidrat kompleks.
- Protein.
- Air.
-Mineral; kalium, zat besi,
kalsium, magnesium, zinc, dan fosfor.
-Vitamin; vitamin B, vitamin
C, beta karoten, folat, dan viatamin E.
-Sukun mengandung mineral dan
vitamin yang lebih banyak dan lengkap, manakala kandungan kalorinya lebih
rendah, maka sukun baik sekali untuk dijadikan makanan diet.
Sukun juga mengandung
antioksidan yang tinggi kerana adanya kandungan flavonoid, dan polifenol di
dalamnya. Berikut manfaat sukun untuk kesihatan;
Sukun mengandungi serat yang
cukup tinggi, maka ia mampu menurunkan kolesterol darah dengan cara mencegah
penyerapan kolesterol dari sistem pencernaan.
Menurunkan Gula Darah
Kandungan seratnya yang sangat
tinggi dapat membantu tubuh untuk mengawal tekanan darah dan melancarkan sistem
pencernaan.
Sumber Energi
Sukun sebagai salah satu
makanan yang menghasilkan sumber tenaga tanpa menambah jumlah kalori. Sukun bekerja sangat baik untuk mengurangkan
penyakit jantung dan kelebihan kolesterol jahat.
Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Makan buah sukun yang direbus
untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Penting
untuk menjaga sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit.
Bantu Melawan Radikal Bebas
Sukun mengandungi zat phenolic
dan flavonoid yang bersifat antioksidan. Kedua-dua kandungan ini yang dapat
membantu tubuh melawan radikal bebas.
Mencegah Pertumbuhan Sel Kanker
Sukun kaya kandungan nutrisi
dan antioksidan, baik untuk menghambat pertumbuhan sel kanser.
Melindungi Kesihatan Jantung
Kandungan antioksidan pada buah sukun dapat mencegah
pembentukan sumbatan atau aterosklerosis pada pembuluh darah jantung,
mengurangkan kolesterol, dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Sumber Omega-3 dan Omega-6
Sukun juga mengandungi omega-3
dan omega-6 di dalamnya, yang berfungsi untuk mengatasi kesihatan kulit dan rambut.
Selain itu, mengambilnya secara rutin dapat membantu daya kerja liver serta
otak dengan maksimum.
Sesuai Sebagai Menu Diet
Sukun sesuai dijadikan sebagai
menu diet kerana kalorinya sangat rendah dan tinggi akan serat. (Pelbagai sumber)
1 Comments
Buat goreng cicah sambal kicap pun sedap