Hari ini terjumpa satu resepi bubur atau pengat kegemaran ramai. Sejak dulu lagi orang tua kita sering meyediakan bubur candil ubi keledek ungu sebagai hidangan minum petang. Apa lagi terus saja orangmuo salin resepi ini. Terima kasih kepada Pn Norhaidah Md Said (Facebook) Bahan-bahannya...
Bahan-bahan
• 1 kg Ubi keledek
ungu,
• 2 cawan isi
jagung
• 7-8 sudu besar
Tepung ubi
• 500ml santan
pekat
• 350-400 ml
air
• secubit
garam
• gula melaka/gula
putih secukupnya
• Dua helai daun
pandan
Cara membuat:
• Ubi keledek
direbus hingga empuk, kemudian dilenyek dan ketepikan.
• didihkan
air,
• Masukkan tepung
sikit-sikit. Uli sekata sampai jadi doh dan keledek tu tak pecah-pecah bila
dibentuk.
• Gentel lah
bulat-bulat ikut saiz nak kecik atau besar.
* Apabila
air mendidih masukkan doh bubur candil dan biarkan terapung baru diangkat.
* Di
dalam bekas lain, masukkan santan, masuk daun pndan, gula secukupnya dan
secubit garam.
* Kemudian,
masukkan doh bubur candil tadi ke dalam santan. Buka api semula dan masak.
Masukkan isi jagung .Dah siap.
0 Comments