Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat
nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula 'hilang'. Beberapa petua ini
mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun
mata. Jom, semak;
1. Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api.
Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu
InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene
(pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan),
Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien
yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami
masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di
belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di
sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang
menjurus kepada bintik buta.
5. Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation,
sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan
yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon.
Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi
mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah
memadai bagi penjagaan mata.
10. Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan
detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata. [Sumber: Mingguan wanita]
0 Comments