Subscribe Us

Biji Selasih, Khasiatnya Yang Pengasih


BIJI selasih, yang berukuran kecil dan berwarna hitam; ternyata memiliki manfaat bagi kesihatan.  Biji selasih adalah dari biji bunga kemangi kering.


Untuk memperoleh manfaat selasih, biji tersebut direndam (dengan air dingin atau hangat) selama lebih kurang satu jam; hingga biji-biji mengembang dan muncul selaput putih bening di kellilingnya.

Biji ini banyak digunakan sebagai campuran minuman sejuk seperti jus buah, teh, jeli atau puding.



Biji selasih mengandungi nutrisi seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat.


Sejak lama, selasih digunakan sebagai herba untuk meredakan gangguan pencernaan, sakit tenggorok, sembelit dan cirit-birit.


Menambahkan biji selasih dalam menu makanan harian memberi sejumlah manfaat, antara lain: 



1. Membantu proses pencernaan

Efek karminatif dalam biji selasih membantu mengubati gangguan pencernaan seperti kejang perut, perut kembung, sembelit, buang air besar tidak teratur dan gangguan pencernaan.


2. Menyembuhkan selesema

Manfaat lain dari biji selasih adalah membantu meredakan influenza dan demam. Efek antispasmodik pada selasih membantu mengubati batuk keras. Biji selasih adalah bahan utama dalam banyak ekspektoran dan ubat batuk.



3. Meringankan gangguan pernafasan

Biji selasih, dicampur dengan halia dan madu dapat menjadi ubat untuk asma, batuk, selesema, influenza dan bronkitis. Caranya, cukup rebus bahan-bahan tersebut dengan segelas air, dinginkan dan minum.



4. Menghilangkan stres

Biji selasih memiliki kesan menghilangkan kelelahan, ketegangan saraf, depresi dan migrain. Oleh sebab kesan menenangkan itu, biji selasih banyak digunakan sebahai bahan aromaterapi.


Caranya, ambil 5 gram biji selasih dengan 200 cc air panas, kemudian minum airnya setiap hari. Sekali minum 2 sudu teh.


5. Mengubati infeksi kulit

Biji selasih yang dihancurkan menjadi minyak dapat membantu mengubati infeksi seperti luka dan infeksi kulit.


Biji selasih juga dapat membantu mengawal gula dalam darah pada penderita diabetes tahap 2, menurut Sutter Gould Medical Foundation. Selasih membantu menjaga gula darah tetap stabil dan membantu mengurangi nafsu makan.



Selain mengenyangkan kerana tinggi kadar serat, biji selasih juga baik bagi usus. Ia membantu memperlambat penukaran pati menjadi gula, dan mengurangi penyerapan racun.


Untuk menghaluskan kulit, caranya haluskan biji selasih secukupnya. Tambahkan air dingin secukupnya pada serbuk selasih yang telah ditumbuk dan lumurkankan pada kulit wajah, biarkan beberapa ketika. Lakukan 1 kali sehari untuk hasil maksimum. [pelbagai sumber]

Catat Ulasan

3 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
suka gigit biji selasih ni.. gerammm.. hihi
gnesop berkata…
suka letak biji selasih dlm air sirup :)
aima berkata…
lor...pokoknya ada kat blkg umah ni...camno nak ambil bijinya...nk g ngintai bunganya la