Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:
1. Israk yakni perjalanan Nabi
Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil
Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan
dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini
telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran: (Surah Al-Israa’:
Ayat 1).
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammadﷺ bukannya roh sahaja.
Sebagaimana difahami daripada
firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah سبحانه وتعالى menegaskan “asra bi
‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam.
Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad ﷺ yang mana
meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.
Jika ia berlaku pada rohnya
sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan”
yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang
berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah
memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammadﷺ dalam keadaan tubuh dan rohnya
serentak.
Semasa Israk
(Perjalanan dari
Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (Israk)
itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba
di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah
diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat-tempat
berkenaan adalah:
1. Negeri Thaibah (Madinah),
tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat
Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
Peristiwa Ajaib
Dalam perjalanan itu juga Nabi
Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa
tersebut adalah seperti berikut :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ
dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan
yang lebih banyak.”
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ
diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak
Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman
kepada Allah سبحانه وتعالى (tak mahu
mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu
dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu
Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang
ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :
“Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan
daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata
Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan
perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia
tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:
“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang
lain.”
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan
bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka
dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging
manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
10. Seekor lembu jantan yang
besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.”
11. Seorang perempuan dengan
dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi
perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada
akhirat.”
12. Seorang perempuan tua
duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.”
13. Seorang perempuan bongkok
tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih
susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilhan yang betul. Jika
arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul-Qudus
Menemui Allah سبحانه وتعالى):
Didatangkan Mikraj (tangga)
yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail
masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat
melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina
yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung
pada susu penzina perempuan.
Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail
naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan
Nabi Yahya A.S.
Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah
ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat.
Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima.
Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani
Israil.
Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam.
Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S.
Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat
baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa
hisab.
Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan
masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang
bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Setelah melihat beberpa
peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di
Mekah).
Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi”
yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat
menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya
baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan
pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam Nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di
dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh:
Rasulullah ﷺ sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى
dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه
وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:
D. Selesai Munajat
Selepas selesai munajat, Nabi
Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang
kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu,
(setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan
memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(shafiqolbu.wordpress.com/ Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
0 Comments