Bulan Puasa Menjelang Tiba, Jutawan Arab Berbelanja Sakan di London - orangmuo.my

Post Top Ad

Bulan Puasa Menjelang Tiba, Jutawan Arab Berbelanja Sakan di London

Share This
Deretan kereta mewah berharga jutaan pound menghiasi jalan-jalan raya sekitar kota London dengan begitu bergaya.  Kereta-kereta mewah ini bukan kepunyaan penduduk tempatan tetapi adalah milik jutawan Arab yang berkunjung ke kota London untuk berbelanja sebelum ketibaan bulan Ramadan.
Mereka tidak kisah tentang harga barangan yang hendak dibeli tetapi mementingkan jenama, stok terbaru dan terkini, serta produk edisi terhad. 

Kebiasaannya mereka suka menghabiskan wang untuk kelengkapan dan perhiasan diri seperti barang kemas, wangian, kasut, beg, dan sebagainya dengan mementingkan jenama terkenal.

Hotel-hotel 5 bintang pula menjadi pilihan mereka untuk menginap, manakala kelab malam, restoran berkelas tinggi, dan pasar raya merupakan tempat-tempat yang sering dikunjungi.  Mereka mahu bersantai, rileks sebelum Ramadan. Itu macam ka :)

Post Bottom Ad

Pages