Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengekalkan kejuaraan kejohanan Badminton All England, lebih-lebih lagi setelah menundukkan musuh utamanya Lin Dan. Apa yang ingin orang muo war-warkan di sini ialah sikap dan tindakan terpuji Chong Wei semasa upcara menerima hadiah di atas pentas juara. Sesiapa yang mengikuti siaran langsung pada tengah malam tadi tentu anda sangat kagum dengan tindakan Chong Wei apabila dihadiahkan dengan sebotol arak, dengan riak muka terkejut, Chong Wei tidak menjulang botol arak tersebut tetapi segera meletakkannya di atas pentas dan menutupnya dengan replika cek. Selesai saja upacara, Chong Wei tidak membawanya bersama, tetapi terus menyerahkan semula botol arak tersebut kepada pihak pengelola hadiah. Sikap terpuji Chong Wei ini menggambarkan bahawa walaupun beliau seorang bukan Islam tetapi Chong Wei amat memahami sensitiviti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, apatah lagi penyokong-penyokong Chong Wei pada malam itu adalah daripada semua kaum warga Malaysia. Satu lagi sikap terpuji Chong Wei, setelah tamat perlawanan, beliau meraikan kemenangannya tidak seperti Lin Dan yang suka mendabik dada dan menunjuk-nunjuk kejaguhannya. Tahniah Datuk Lee...anda memang seorang juara dan seorang warganegara yang terpuji.
'The Hood Man': Begitu telitinya JAKIM. Awas fitnah kitar semula.
-
*Idris (depan tiga dari kiri) menghadiri Program Liqa' Mahabbah SDK JAKIM
dan sambutan Aidilfitri Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat
Mal...
2 jam yang lalu
18 ulasan:
oh! ye ke OM? tak pasan plak, tapi mmg saya tgk la aksi dia sepanjang tgh malam tadi, serammm je tgk, sykur la, kemenangan menyebelahi LCW, skaligus mengharumkan nama Malaysia, bergema satu stadium bimingham, England, kite kalo ade kat situ mesti bersorak semangat kegembiraan...tak terucapkan LCW, bile dia berjaya kalahkan LD...bangga sgt rasanya...(uh! panjangnye komen..) hihihih...
sayang xley rgk aksi LCW kalahkan LD.....
rase nk boooo jer kat LD 2...
tahnia LCW
tindakan yang bijak daripada chong wei dan patut mendapat pujian. mungkin die tidak minum kot
terbaik LCW (!)
tindakan terpuji! xsia2 d beri pangkat datuk. :D
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei!
salam empunya blog..
tahniah buat Dato Lee
erm ruginya tak tgk aksi chong wei malam td..rugi..rugi..mmg tabikla kt chong wei.kena jadik contoh pada yang lain..neway, congrats chong wei!
Tahniah Dato Lee Chong Wei. Memang patut anada menang kerana mempunyai kekuatan EQ yang tinggi. selalunya Lee Chong Wei Eq nya lemah bila berjumpe Lin Dan. bukti kekuatan EQ nya beliau dapat mengurusakan secara beradap apabila dihadiahkan botol dan meninggalkannya. tentu mahal harganya kan boleh diberi kawan2.Haahaa dia masih waras tidak setengah orang cari botol untuk menjadikan dia tidak waras..tahiah
Congrat untuk Lin Cong Wey.. =)
bangga nye as rakyat malaysia dapat athlete yg tau membawa diri, yg tau sikap rendah diri .. huk3x .. :)
tapi lee chong wei pernah raikan kemenangan lawan lin dan dgn mnri ala-ala shuffle..die balas blik lin dan wat kat die sebelum tu..ingt x lin dan pernah buat tarian mcm robot pas menang olimpik kn..pastu dorg ade bertemu blik..n chong wei balas blik..padan muke haha search kat you tube..
tahniah Datuk ! walaupun ta tengok semalam :)
bangga dgn Dato' Lee Chong Wei !!_!!
qiqi xdan nk tgk..tp astro de ulangn..huhu....akhirnya klh gk lin dan.tp kdg lin dan ni bkn leh hrp..sje nk bg kte happy..nnt die tibai chong wei blk..
sikap yg terpuji... sesuai gelaran datuk utk beliau...ular yg menyusur akar takkan ilang biasanya...
Tahniah.LEE. Rugi tak tengok siaran langsung.Masa pertandingan aka dekat Kelantan. Nak buat cerita sikit tentang Lee.
saye peminat chong wei....tahniah chong wei..moga sentiasa bergelar no.1 dan menjadi juara....:)
Catat Ulasan