"Masam, pedas, sedap dan segar". "Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari.
"Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan. Begitulah antara beberapa pandangan daripada pengunjung tentang keenakan rasa ikan patin masak tempoyak Temerloh.
Temerloh memang terkenal dengan ikan patinnya. Kebanyakan pengusaha kedai makan di sini mendapatkan bekalan ikan patin daripada penternak ikan dalam sangkar yang terdapat di sungai Temerloh. Rasa ikan patin dalam sangkar lebih sedap berbanding ikan patin yang dibela di dalam kolam.
Penternak patin Shaari Othman berkata harga sekilogram patin "liar" yang terdapat di dalam sungai boleh mencecah RM80 sekilogram tetapi sukar didapati kerana ia perlu dipancing.
"Ikan yang diternak di sangkar di Sungai Pahang, dijual antara RM12 hingga RM14 sekilogram sahaja," katanya.
Patin turut dijual di pasar minggu di Temerloh setiap Ahad. [malaysiakini]
19 Comments
sedap tu..tak hengat
kalau makan..mak mertua
lintas buat derk je..he he
zulkbo: betul bro... mmg tak nampak..lagi2 kalau mak mentua lalu belakang kita ha ha :)
New Entry "Salam,salam juga, lawan, lawan juga :)"
Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia
mak mertua sy tinggal di temerloh tp dia tak makan ikan patin dan anak pompuan dia (isteri sy) pon tak makan, ade ler penah beli sekali dan dorang masakkan tp tak best la sbb sy sorang jer makan....huhu
dah lama x mmkn ikan patin..
tp kalau adik ipar msk..(dia org k.lipis)mmg best...masak daging pun boh tempoyak...
perghhh..buat plok letak lada banyak2