China- Pelajar- pelajar wanita di negara China sanggup makan telur cacing gelang untuk memastikan mereka nampak kurus dan menarik semasa menghadapai sesi temuduga.
Telur-telur cacing gelang ini akan menetas di dalam perut lalu bertindak sebagai agen menurunkan berat badan tanpa bersusah payah melakukan diet atau senaman
Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di kawasan luar bandar begitu hebat di negara China terutamanya golongan wanita lepasan institusi pengajian tinggi kerana jumlah calon yang amat ramai sementara peluang kerjaya yang terhad sekitar 22% berbanding jumlah pemohon lebih 112 juta orang pada setiap tahun. Mereka yakin dengan penampilan bentuk tubuh yang yang menarik akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan. [sumber: dailymail.co.uk]
Bagaimana pula di Malaysia? Cantik, menawan, gemuk, gempal? Sebagai warganegara kita berharap tiada diskriminasi untuk melayakkan seseorang mendapat pekerjaan dengan memilih paras rupa daripada sijil dan kemahiran. Walaubagaimanapun penampilan diri juga memainkan peranan sekiranya anda ingin berjaya dalam temuduga.
Selamat Tahun Baru. Semoga 2011 lebih menyinar untuk Malaysia.
Selamat Tahun Baru. Semoga 2011 lebih menyinar untuk Malaysia.
21 ulasan:
aku setuju.....
xperlu diskriminasi sampai rakyat sendiri tanggung seksa....fuh...
bukan xnak diet atau segala nya...tapi kalau dah macam gitu...wat gane..
as long as dia berbakat+ rajin...x jd hal
adeke sampai gitu..tak mahu ada diskriminasi..hai, risau gak ni...baru habis belajar..
sampai macam tu sanggup buat untuk dapatkan kerja,kita syukur byk peluang kerja cuma jgn mls ja
euwwwwwww....tak rela nak kurus cara gini..=_=
Eeeiii!Gelinya !takde kerja dia orang tu!
kurus tp sakit nk buat apa kan...cacing gelang..ishh
adus orang cina memang power, macam macam bole makan.....tak seksa ke cacing duk bergerak dalam perut tu, klu budak cacing buncit jadinya....
sanggup makan telur cacing ya, teruk juga negara orang, hrp di Malysia tidak sampai tahap begini
dasatnyer smp begitu skali. susah btull nak dpt kerja kat sana
nanti abes semua zat2 dia makan..badan langsung tak dapat ape2..bongok jugak kadang2 diaorang nih..
nanti abes semua zat2 dia makan..badan langsung tak dapat ape2..bongok jugak kadang2 diaorang nih..
so sekarang ni jagn la kita memilih la sesuatu kerja tu..melainkan kita punya taraf pelajaran yang tiggi,,,
malaysia ada jus MAte 5 hahahahah
cukup skadar nampak kemas sudahlah...cantik ke kurang cantik ke, tu semua anugerah kan...
dahsyatnya kat sana sampai sanggup telan telur cacing...euwww~~ :S
erk??? tade care lebih sadis ke nak kuruskn bdn.. tak sanggop den!!
kalau dah terpaksa berlumba dengan berjuta sanggup apa saja
syukur malaysia belum ditahap kritikal
makan cacing? euww..
lebih rela makan megi..ngehngeh..
i follow u :P
Salam , nyer buat cacing tu beranak pinak dalam perut sudah bawak penyakit silap2 maut mengundang :(
New Entry "Kita semua adalah King of Blogger."
ish..ish.. biar betul.. mcm2...
wah..
bgus punya petua..
apa la guna produk dr. rozmey klau boleh telan telur cacing ye..
huhuhu..
pelikye...org lg nak elak dpd jgkitan cacing lg nak makan..mst ade side effect gak nih...
Inio cari penyakit namanyer...
Biawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia
Catat Ulasan