Rambut gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.
Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu supaya keluar cairan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba! [suaramerdeka.com/]
25 Comments
terima kasih , petua berguna nie...
rupanya selain dpt dimakan, ada lg manfaat lain yg dpt diambil dr tembikai nie.
dr cerita org tua2 kulit nya juga boleh dimasukkan dlm kari sebagai gantian keledek atau labu...
bole cuba nieh
Tips apabila di gigit lintah
just nk tgk keberkesanan petua nie..
petua 1.sapukan air batang pisang.potong pelepah pisang atau batang pisang perah airnya.boleh taruk dalam peti sejuk.
petua 2.makan buah ceri banyak banyak.buah ceri malaysia yg kecil warna merah tu.pokok rendang
petua 3.makan lobak ungu-memang payah nak jumpa.kalau ada kawan kat eropah mintak pos kan ke malaysia atau beli bijih benih dari pembekal di taiwan
petua 1 saya dah cuba memang berkesan.rambut akan tumbuh dalam 21 hari.untuk nampak kesan amalkan 3 bln baru nampak rambut baru yg tumbuh hitam dan lebat
petua 2 dan 3 ambil masa 6 atau lebih untuk nampak kesan