Usaha menggalakkan orang ramai menjadikan telur sebagai makanan murah, sihat dan berkhasiat, 10 orang Chef dibantu oleh 50 orang tukang masak telah berjaya mencipta rekod dengan memasak "Telur Dadar Terbesar Dunia" baru-baru ini di Turki. Pasukan tukang masak ini menggunakan 110 010 biji telur, dan 432 liter minyak masak dengan menggunakan sebuah kuali leper gergasi berdiameter 10 meter.
432 liter minyak masak diperlukan untuk memasak telur dadar gergasi
Pasukan 50 orang tukang masak sedang mengacau telur dadar supaya tidak hangus
Mereka mengambil masa 2 jam 30 minit untuk memastikan telur dadar gergasi itu masak sepenuhnya. Berat telur dadar gergasi tersebut ialah 4.4 ton dan diisytiharkan sebagai Telur Dadar Terbesar Dunia 2010. Telur dadar itu kemudiannya diagih-agihkan kepada ribuan orang penduduk tempatan dan juga pelancong yang datang menyaksikan upacara tersebut apabila tercium aroma yang menyelerakan secara percuma. [sumber:.odditycentral.com]
14 ulasan:
huh..
apa ler rasa dia tue ek..
besar sgt pn bukan best.
lalat jatuh pn x perasan
wah besarnye
2 jam baru masak? haih, boleh tertido dulu baru boleh makan nasi ni...hehe
buat takot je nak makan besa2. haha
perh..mesti sedap telur dadar ni..jgn pastu sesi membuang angin kus kus sudahla..uhu...~~0_)
orang turki tuh..
malaysia bila nak wat kecoh lak??
kasi bukak la sikit mata orang2 kapir.. :-)
perhh...bsr 2...
wah sedap letak geragau..heheh
wah..lame gile baru masak..
fuhh besar..mujur tak der yang terjatuh kat dalam kawah tuuu
Sedap ker?terasa ker garamnyer?hehehe..ntah2 terlebih masin sebab byk peluh yang tumpah..hehehe
salam..
nampak sedap ni..
saya hidup tanpa
telur memang tak
sah..he he
bnyak betul ayam bertelur kat sana....
haha
Catat Ulasan