Bangunan pencakar langit yang menakjubkan tidak akan anda lupakan setelah anda melihatnya secara langsung. Sebenarnya, dunia kita dipenuhi dengan bangunan pencakar langit yang mempunyai semua yang anda mahukan ketika anda melihat langit; sinaran cahaya lampu cantik, bangunan tinggi, seni bina menakjubkan dan unik yang pastinya menjadi kenangan terindah.
Para arkitek pula terus
berlumba-lumba untuk merancang struktur yang akan memecahkan rekod sebagai
bangunan tertinggi di dunia dengan rekaan struktur senibina menakjubkan!
Dari Amerika Syarikat hingga Asia dan Timur Tengah, berikut 10 bangunan pencakar langit yang tertinggi, paling indah dan mengagumkan di dunia;
10. Pusat Kewangan Antarabangsa, Hong Kong
Bangunan setinggi 1352 kaki ini siap dibina pada tahun 2003, Pusat Kewangan Antarabangsa Hong Kong adalah bangunan pencakar langit pascamoden yang menakjubkan tersergam indah dengan kaca futuristik.
9. Menara Willis, Chicago
Menara Willis sebelumnya
dikenali sebagai Menara Sears, Menara Willis yang terletak di Chicago merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di Amerika Syarikat, dengan ketinggian 1353
kaki.
Batu asas menara 110 tingkat
ini diletakkan pada bulan Ogos 1970 dan pembinaannya siap pada tahun 1973. Di
tingkat 103 terdapat landasan dengan lorong-lorong yang unik yang membolehkan
pengunjung melihat ke bawah keindahan kota Chicago.
8. The Trump International Hotel, Chicago
Trump International Hotel di
Chicago adalah sebuah bangunan struktur kaca ramping berukuran 1362 kaki tinggi yang
mengagumkan. Ia terdiri dari 92 tingkat,
menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia ketika ia dipuncak pada tahun 2009.
7. Bangunan Jin Mao, Shanghai, China
Pencakar langit yang menjulang
tinggi ini sungguh menakjubkan! Bangunan Jin Mao di Shanghai, China,
menggantikan King Tower sebagai struktur tertinggi di kaki langit Shanghai
setelah siap pada tahun 1999. Bangunan
setinggi 1380 kaki, menyediakan yang kemudahan kompleks pejabat, hotel dan rekreasi ini mempunyai
88 tingkat tersedia dengan 130 lif.
6. Guangzhou West Tower, China
Berdiri setinggi 1444 kaki, Menara Guangzhou Barat yang menakjubkan di Guangzhou, China, adalah bangunan pencakar langit 103 tingkat dengan kelengkapan rumah pejabat, gedung membeli-belah, hotel dan pusat persidangan.
Dibuka pada tahun 2010, menara
ini menjadi sebahagian dari Kompleks Menara Berkembar Guangzhou apabila ia
disatukan dengan Guangzhou East Tower yang siap pada tahun 2016.
5. Pusat Kewangan Greenland, Nanjing, China
Menjulang gagah di kaki langit
Nanjing, Pusat Kewangan Greenland di Nanjing, China adalah struktur bangunan setinggi
1476 kaki dengan 71 tingkat. Bangunan
kaca ini mula dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010, ketika dibuka
untuk umum sebagai kompleks hotel dan pejabat.
4. Menara Petronas, Kuala Lumpur
Terdapat sesuatu yang indah
dari sudut pencakar langit yang menjulang tinggi ini. Menara berkembar dengan
ketinggian lebih dari 1483 kaki, Menara Petronas Kuala Lumpur, siap pada tahun
1998 dan memegang rekod sebagai pencakar langit tertinggi di dunia hingga 2003.
Dihubungkan dengan skybridge 750 tan diantara dua menara di tingkat 42 dan 43, Menara Petronas tetap menjadi
menara berkembar tertinggi di dunia.
3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China
Dengan ketinggian 1614 kaki,
Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China dianggap sebagai pemecah rekod, melebihi
Menara Petronas untuk menjadi pencakar langit tertinggi di dunia. Pembinaan
bangunan bermula pada tahun 1997 tetapi terganggu selama beberapa tahun kerana
masalah pembiayaan.
Pada ketika struktur itu siap,
kerja-kerja pembinaan ‘Taipei 101’ telah dimulakan menjadikan Shanghai World
Financial Center ke tempat kedua dalam senarai bangunan tertinggi di dunia dan
pastinya merupakan yang paling indah!
2. Taipei 101, Taiwan
Terletak di daerah Hsin Yi,
Taipei di Taiwan, Taipei 101 memecahkan rekod struktur tertinggi di dunia pada
tahun 2003 ketika menara tambahan dipasang, melengkapkan Pusat Kewangan
setinggi 1676 kaki. bangunan 91 tingkat ini
merangkumi pejabat, kedai dan memiliki lif terpantas di dunia.
1. Burj Khalifa, Dubai
Pada Januari 2010 menyaksikan
pembukaan Khalifah Burj di pusat bandar Dubai, dan bangunan tinggi ini benar-benar
mencolok. Bangunan tercantik dengan ketinggian 2717 kaki yang mengagumkan, Burj
Khalifa kini memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia .
Pencakar langit 160 tingkat ini menempatkan pangsapuri dan hotel mewah, restoran mewah, serta pejabat dan suite korporat. Menawarkan lif perkhidmatan tertinggi dan dek pemerhatian tertinggi di dunia, Burj Khalifa adalah pemecah rekod sebenar. [globalgrasshopper.com]
0 Comments