Subscribe Us

Perbezaan Solat Isyrak Dan Solat Dhuha-Mufti Terengganu

Solat Sunat Isyrak dan Solat Sunat Dhuha adalah antara solat-solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ

 

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu pada awal waktu Dhuha setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.

 

Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

 

Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.

 

Perbezaan antara kedua-dua solat sunat ini ialah:

 

i)  Solat Sunat Isyrak dilaksanakan pada awal waktu Dhuha setelah naik matahari sekadar terlepas dari makruh haram iaitu pada anggaran ketinggian matahari segalah atau 1.5 meter dan dilaksanakan sebanyak dua rakaat sahaja. Lebih afdal dilaksanakan selepas beriktikaf di masjid apabila selesai Solat Subuh berjemaah di masjid.

 

ii)  Solat Dhuha pula dilaksanakan bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari. Rujuk Kitab Bughyat       al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’. Manakala, waktu terbaik untuk Solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.

 

ii)  Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, atau empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak. Manakala Solat Isyrak hanya dilakukan sebanyak dua rakaat sahaja.

[sumber: shafiqolbu.wordpress.com, mufti.terengganu.gov.my/]

Catat Ulasan

0 Ulasan