Subscribe Us

China Menghapuskankan Kubah dan Menara Masjid-Masjid, Pelaksanaan Pemutihan Budaya Berterusan

Negara China sejak bertahun-tahun telah melakukan kempen menentang pengaruh Islam, membuang unsur-unsur hiasan Islam dari bangunan, papan tanda, dan sekarang struktur bangunan masjid pula dimana kubah, menara dan unsur hiasan lain dibuang dari masjid di seluruh negara dan digantikan dengan bentuk binaan baru.

Langkah itu adalah sebahagian dari pemutihan budaya untuk menekan pengaruh Islam, menurut sebuah laporan di The Telegraph .

Masjid Nanguan di Yinchuan, ibu kota provinsi Ningxia, turut terkesan apabila kubah hijau terang dan menara emas telah dihapuskan.

Gambar yang dikongsi dalam talian oleh Christina Scott, wakil ketua misi UK di China, menunjukkan bahawa reka bentuk asal masjid telah diubah.  Kata-kata 'Masjid Nanguan' tetap ada di bangunan itu, ditulis dalam bahasa Cina.


Langkah-langkah itu datang ketika kempen menentang agama semakin meningkat sejak Xi Jinping menjadi Setiausaha Umum Parti Komunis China.

 

Parti Komunis yang berkuasa di China telah melakukan penindasan meluas terhadap semua institusi agama dalam beberapa tahun kebelakangan.

 

Arahan yang sama juga dilakukan terhadap agama lain termasuk melarang anak-anak Tibet dari pengajian agama Buddha dan memenjarakan lebih dari satu juta anggota etnik minoriti Islam di kem-kem yang dipanggil 'pendidikan semula'.

 

Presiden Xi Jinping telah memerintahkan agar semua agama untuk memastikan mereka setia kepada parti yang ateis secara rasmi.[dailymail.co]

Post a Comment

0 Comments