Hobi Gila Orangmuo Semenjak 30 Tahun Lalu - orangmuo.my

Post Top Ad

Hobi Gila Orangmuo Semenjak 30 Tahun Lalu

Share This
Semua orang ada hobi masing-masing.  Begitu juga dengan orangmuo, banyak hobi sebenarnya yang telah orangmuo lakukan.  Namun akhirnya inilah satu-satunya hobi yang terus dan masih kekal sehingga ke hari ini, sudah mencecah 30 tahun rupa-rupanya. Hobi memelihara ikan hiasan memang minat utama sejak zaman sekolah rendah dan menengah lagi tetapi tergendala, tersangkut-sangkut kerana pada era tahun 70an di kampung orangmuo belum ada lagi  kemudahan elektrik dan air paip. Keadaan yang serba kurang menyukarkan minat memelihara ikan cantik hiasan ini diteruskan.   Belalah ikan yang boleh hidup tanpa bekalan oksigen seperti ikan sepat puyu dan pelaga kampung.  
Bermula 30 tahun yang lalu setelah beranak dua, hobi sejak di zaman sekolah kembali hangat.  Akuarium berukuran 2 x 1 x 1 kaki menjadi titik permulaan menyemai hobi yang terpendam. Ikan pertama orangmuo pelihara ialah ikan emas. 
Inilah akuarium antik orangmuo, sudah berumur 30 tahun, masih elok lagi cuma kusam sedikit.
Tanpa disedari hobi yang banyak memerlukan kos yang bukan sedikit, makan ribu-riban RM, dan masa diperuntukkan untuk merawat masih kekal hingga ke hari ini.

Hobi memelihara ikan hiasan walaupun agak mahal kosnya tetapi mengapa ramai yang melakukannya? Apabila sesuatu yang anda lakukan dapat menggembirakan hati anda maka di situ ada manfaatnya, banyak kebaikannya dan amat berbaloi kerana kehidupan anda bersama keluarga bertambah ceria. Selain itu ia membantu anda mengawal dan merawat kesihatan dan kesejahteraan diri, mengawal dan meredakan masalah penyakit stres gila-gila kerana beban kerja di pejabat.  Harus diingat stres keterlaluan boleh membawa kepada masalah penyakit kemurungan dan boleh jadi gila.

Satu lagi, akuarium berisi ikan yang cantik menjadikan suasana di dalam rumah bertambah ceria, cantik dan meriah selain dapat mengawal diri dan lebih fokus terhadap keluarga, ya ke hahaha :)

Setelah berpuluh-puluh jenis ikan yang orangmuo pelihara termasuklan jenis ikan hiasan air masin (ikan hiasan batu karang), akhirnya ikan arowana yang melekat di hati.  Sedikit kisah tentang hobi gila orangmuo hehe.  Terima kasih sudi membaca coretan orangmuo.


1 comment:

Abam Kie said...

lain org lain hobinya. yg penting kita enjoy dgn hobi tu dan x memudaratkan kita. come n visit my blog too! Thanks.

Post Bottom Ad

Pages