Subscribe Us

Petua Mudah Lembutkan Daging Jarang Orang Buat, Ramai Tidak Tahu


Masalah yang sering dihadapi apabila memasak daging, kalau tidak kena caranya daging menjadi liat dan tidak sedap dikunyah.  Maka timbulah beberapa petua cara memasak daging yang betul.  Kita biasa mendengar dan menggunakan beberapa petua untuk melembutkan daging agar ia lebih sedap dan berselera kita menikmatinya.  Antara yang biasa kita amalkan ialah merebus daging dengan menutup periuk, atau memastikan cara yang betul ketika memotong daging, dan juga memasukkan sudu ke dalam periuk.


Sebenarnya ada lagi beberapa petua mudah warisan tok nenek kita yang jarang orang buat agar daging yang dimasak menjadi lembut.


Berikut petua mudah memasak daging supaya menjadi lembut dan enak rasanya.  Selamat mencuba.


1.  Rebus Bersama Kurma

Rebus daging dengan memasukkan beberapa biji kurma. Apabila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik menjadi rasa manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.


2.  Rebus Bersama Nanas
Nanas orang kata ‘tajam’ Maka, fungsi nanas ini sangat berkesan untuk melembutkan daging dan membuatkan rasa daging lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup masukkan 1 atau 2 hirisan nanas.


3.  Rendam Bersama Soda Bikarbonat.
Sebelum daging dimasak, terlebih dahulu lumur daging dengan soda bikarbonat. Ia hanya mengambil masa tidak terlalu lama untuk menunggu daging lembut. Apabila daging agak lembut, basuh dulu daging sebelum masak.



4.  Potong Daging Lawan Urat.
Semasa memotong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging, potong lawan arah supaya urat-urat daging terputus dan senang daging nak empuk.


5.  Rebus Daging Guna Periuk Bertutup.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, perlu ditutup rapat dengan penutup periuk. Letakkan pemberat seperti  lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tidak keluar.


Syarat penting, jangan letak garam ketika daging sedang direbus atau dimasak. Garam masuk akhir sekali.  Selamat mencuba! [FB Pn Awatif Osman]

Catat Ulasan

1 Ulasan

Amie berkata…
Tq for sharing. Bagus sebenarnya memasak ikut petua begini sebab boleh kekalkan keenakan rasa daging berbanding menggunakan pressure cooker yang 'memaksa' daging cepat lembut dalam tempoh yang singkat... hehehheee.