Kedah Jatuh Ke Tangan PN, Dua Adun PKR Keluar Parti, - orangmuo.my

Post Top Ad

Kedah Jatuh Ke Tangan PN, Dua Adun PKR Keluar Parti,

Share This
Dua adun PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu.  Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin membuat pengumuman rasmi dalam satu sidang media bersama.

Dalam satu sidang media bersama tengah hari ini, Ling berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim.  Mereka berdua juga berkata tidak lagi menjadi "adun PKR".
Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai 17 kerusi di DUN dan pembangkang pula 19 kerusi.

Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah.



Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa perubahan kerajaan negeri Kedah “sudah tidak dapat dielakkan lagi” dan mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti.

Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah.

Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas.

Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19.

Maklumat terkini PN mendapat sokongan daripada 4 orang Adun PBBM Kedah terhadap Tan Sri Muhyiddin.  Ini bermakna PN mendapat majoriti mudah iaitu 23 kerusi, 15 Pas 2 BN 2 bebas dan 4 PBBM

No comments:

Post Bottom Ad

Pages