Tan Sri Muhyiddin PM8, Siapa Calon Timbalan Perdana Menteri ? - orangmuo.my

Post Top Ad

Tan Sri Muhyiddin PM8, Siapa Calon Timbalan Perdana Menteri ?

Share This
Kemelut politik tanah air yang sedang bergolak hampir ke penghujung.  Terkini DYMM SPG YDP Agong telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8. 

Kem Tan Sri Muhyiddin nampaknya telah berjaya dalam perebutan kuasa pembentukan kerajaan baru Malaysia, beliaulan calon paling layak menjawat PM ke-8 atas dasar pengalaman beliau tambahan pula pernah memegang jawatan TPM semasa pemerintahan BN dahulu.
Persoalannya, siapa pula yang akan berpeluang sebagai TPM? Ramai calon yang layak sebagai TPM sama ada dari UMNO atau PAS, antaranya Tok Mat Hassan dan Tuan Guru Hj Hadi, dan tidak mustahil Zahid Hamidi.

Tidak dinafikan usaha dua orang pemimpin ini, Tuan Guru Hj Hadi dan Tok Mat Hassan antara tokoh-tokoh utama yang berjaya menyatu dan memulihkan kepercayaan rakyat kaum Melayu & Islam khususnya kembali kepada UMNO dan PAS, malah berjaya menyatukan dua parti Melayu utama sehingga terbentuknya Muafakat Nasional. 

Pilihan pertama penganalisis politik berpandangan Tok Mat Hassan Timbalan Presiden UMNO, serta mantan Menteri Besar Negeri sembilan adalah satu-satunya tokoh dari UMNO yang layak memegang jawatan TPM, manakala Zahid Hamidi masih dalam edah dengan kes mahkamahnya yang menimbun tidak mungkin akan dilantik sebagai TPM.

Ketokohan Tok Mat Hassan dalam politik sebagai pemimpin dalam parti UMNO begitu terserlah semasa memimpin kerajaan Negeri sembilan di bawah BN dan popularitinya terus meningkat menambat hati rakyat selepas kejatuhan BN pada PRU14, di mana beliau dapat meyatukan serta membangkitkan semula semangat juang ahli-ahli UMNO dan BN dengan sokong kuat daripada PAS yang sangat sinonim dengan perjuangan Islamnya.

Selain itu pengalaman Tok Mat dalam pengurusan pentadbiran dan kepakarannya dalam bidang ekonomi memang tidak dapat dinafikan kecemerlangannya. Beliau juga mempunyai rekod bersih, tidak terlibat dengan kes korupsi sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.  Semoga Tok Mat Hassan diangkat sebagai TPM kerajaan baru. 

Hanya sekadar ramalan saja.  Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan bersatu padu.

Post Bottom Ad

Pages