Italy Isytihar Kuarantin Rakyatnya Seluruh Negara - orangmuo.my

Post Top Ad

Italy Isytihar Kuarantin Rakyatnya Seluruh Negara

Share This
Tempat-tempat pelancongan kelihatan kosong sementara penduduk masing-masing panik sibuk membeli keperluan beratur di jalan-jalan untuk mendapatkan makanan manakala pasukan polis melakukan rondaan memberitahu orang ramai supaya tetap tinggal di rumah kerana kerajaan Itali mengisytiharkan seluruh negara berada dalam kuarantin akibat wabak coronavirus semakin menular.




Tempat-tempat utama tumpuan pelancong termasuk galeri membeli-belah Milan, Rom dan St Peter's Square di Vatican semuanya kosong hari ini selepas langkah drastik diperluaskan ke seluruh negara malam tadi.

Perdana Menteri Giuseppe Conte mengumumkan malam tadi bahawa 'semua orang harus sentiasa berwaspada dengan wabak ini di mana 9,000 kes virus telah disahkan di Italy dan 463 orang mati.
Sesiapa yang demam telah diperintahkan untuk tinggal di dalam rumah, tidak dibenarkan melakukan perjalanan kecuali dalam keadaan kecemasan dan berada di perhimpunan awam termasuk majlis perkahwinan, pengebumian dan acara sukan juga dibatalkan.

British Airways telahmembatalkan semua beratus-ratus penerbangan ke Itali atau dari Itali sehingga 26 April.

No comments:

Post Bottom Ad

Pages