Harta Tengku Adnan, Datuk Najib Sindir Tun M Dan Anwar - orangmuo.my

Post Top Ad

Harta Tengku Adnan, Datuk Najib Sindir Tun M Dan Anwar

Share This
Mantan Perdana Menteri (PM6) Datuk Sri Najib Razak mempertahankan kekayaan Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Mansor yang mencecah angka hampir RM800 juta, seperti didedahkan di mahkamah.  Beliau sememngnya sudah kaya semenjak tahun 1980an lagi sebagai seorang ahli perniagaan dan tokoh korporat.


Najib memetik sebuah buku yang menyebut Tengku Adnan sering berniaga bersama jutawan Vincent Tan dan pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (kini DiGi telecommunications).
“Pada tempoh itu, PM adalah PM keempat (Mahathir) dan menteri kewangan ialah bakal PM ke-5/6/7/8/9. (Anwar Ibrahim)... Tengku Adnan ada sebut Anwar banyak beri projek kepada dia tapi dia sokong Mahatir (Editor MR baca di sini)



“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” kata Najib.

SPRM semalam memulakan siasatan bagaimana kekayaan Tengku Adnan itu diperoleh.

Tengku Adnan dilaporkan berpuas hati dengan pendedahan berkaitan kekayaannya itu, yang dibuat setelah hakim menolak permohonan agar pengisytiharan harta beliau dibuat secara tertutup.

Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Pada tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai menteri pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.

Pasaran saham rancak awal 90-an

Menulis di Facebook hari ini, Najib berkata pasaran saham Malaysia sangat rancak pada awal tahun 1990-an.

“Itulah masa Tengku Adnan menambah kekayaan,” katanya.

Najib juga berkata ketika dilantik sebagai timbalan menteri pada tahun 2001 oleh perdana menteteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, Tengku Adnan sudah memiliki aset hampir RM1 bilion.

“Kan PM ketujuh (Mahathir) pernah pesan kepada rakyat pada bulan Januari lalu? 

"Jangan simpan rasa iri hati pada orang kaya, pesan Dr M,” katanya memetik kenyataan Mahathir pada 6 Januari. [mindarakyat.blogspot]

No comments:

Post Bottom Ad

Pages