[TERKINI] Tiada Sidang Khas Parlimen Pada Isnin 2 Mac – Speaker Dewan Rakyat - orangmuo.my

Post Top Ad

[TERKINI] Tiada Sidang Khas Parlimen Pada Isnin 2 Mac – Speaker Dewan Rakyat

Share This
28 FEB 2020 (The Capital Post) – Yang  Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Arrif bin MD Yusof mengesahkan penerimaan sepucuk surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri Interim yang memaklumkan pihak Kerajaan bersetuju untuk Dewan Rakyat memanggil mesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020 depan.
Sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, beliau mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan pemberitahuan Usul yang lengkap dan menurut peraturan mesyuarat (11) 3 pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat. Sekatan ini tiada Notis ini dikeluarkan.



Speakar Dewan rakyat berkata keperluan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri.

Oleh itu speaker memutuskan tiada mesyuarat khas dewan rakyat pada Isnin 2, Mac 2020 – The Capital Post

No comments:

Post Bottom Ad

Pages