Full width home advertisement

Food & Drink Gallery

Travel

General

Post Page Advertisement [Top]

[TERKINI] Agong Mungkin Bubar Parlimen

[TERKINI] Agong Mungkin Bubar Parlimen
ISTANA NEGARA, 26 Feb 2020 (The Capital Post) – Buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, ini mungkin kali pertama tiada satu Parti Politk di Malaya mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan Malaysia.

Ini kerana wakil rakyat yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah menyatakan sokongan mereka untuk mengangkat Presiden Parti tersebut sebagai Perdana Menteri ke 8. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiausaha Parti PKR yang berkongsi kepada pihak media selepas perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong.




Manakala sumber daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengatakan Ahli Parlimen yang mewakili parti tersebut telah menyatakan sokongan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohammad. Tambahan, Datuk Seri Azmin Ali dan wakil rakyatnya juga melontarkan sokongan mereka kepada Tun Dr, Mahathir. Ini juga termasuk daripada undi daripada GPS dan Warisan.

Parti DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan pecah undinya dimana sebahagian daripada mereka akan memilih Tun Dr Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Parti UMNO dan PAS pula telah memohon Yang di-Pertuan Agong untuk membukarkan Parlimen untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. Pihak The Capital Post masih menunggu maklumat akan berita terkini – [The Capital Post]

No comments:

Bottom Ad [Post Page]