Full width home advertisement

Food & Drink Gallery

Travel

General

Post Page Advertisement [Top]

PM7 Letak Jawatan, PM8 Tan Sri Muhyidin, TPM Tuan Guru Hj Hadi, Tok Mat Hassan?

PM7 Letak Jawatan, PM8 Tan Sri Muhyidin, TPM Tuan Guru Hj Hadi, Tok Mat Hassan?
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari.




Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Azmin Ali telah dipecat dan 10 ahli PKR keluar parti.
Pada Jam 5 petang Tun M akan menghadap SPB YDP Agong. Berdasarkan jumlah kerusi parlimen yang berpihak kepada Pakatan Nasional (Perikatan Nasional), ia boleh menubuhkan kerajaan baru.
[sinar]

Siapa bakal PM ke-8... Tun Telah keluar daripada Bersatu, jika Tun M engg menjawat jawatan tersebut, calon PM8 berkemungkinan besar akan dilantik dari Bersatu atau UMNO. Calon paling ke depan menjawat PM8- Tan Sri Muhyidin Yasin atas dasar pengalaman beliau pernah memegang jawatan TPM semasa pemerintahan BN, manakala TPM pula mungkin daripada PAS, Tuan Guru Hj Hadi, atau Tok Mat Hassan dan mungkin juga MB Terengganu.

Tidak dinafikan usaha dua orang pemimpin ini, Tuan Guru Hj Hadi dan Tok Mat Hassan antara tokoh-tokoh utama yang berjaya menyatu dan memulihkan kepercayaan rakyat kaum Melayu & Islam khususnya kembali kepada UMNO dan PAS, malah berjaya menyatukan dua parti Melayu utama sehingga terbentuknya Muafakat Nasional.  

Hanya sekadar ramalan saja.  Semoga negara kita sentiasa aman makmur dan bersatu padu.

1 comment:

Warisan Petani said...

Semoga kemelut politik cepat berakhir

Bottom Ad [Post Page]