Warga minoriti Uighur China terhimpit
dengan kehidupan mimpi buruk, sentiasa dalam pengawasan yang berterusan daripada
polis. Sekurang-kurangnya satu juta kaum uighur dipercayai hidup dalam keperitan
yang menyiksakan seperti apa yang U.N gambarkan sebagai "kem pengasingan
besar-besaran yang diselubungi kerahsiaan," sementara anak-anak Uighur pula
banyak dibawa ke rumah anak yatim di mana mereka didoktrinasikan mengikut adat kepercayaan komunis
China.
Nasib ngeri Uighurs telah banyak
tersembunyi dari pengetahuan media dunia, kerana percubaan agresif China untuk menyembunyikan semua apa
yang berlaku.
Dia dan krewnya sentiasa dalam pengawasan dan gangguan pihak Orwellian China secara langsung semasa mereka di Xinjiang. Isobel Yeung merakam gambar dan video menggunakan kamera tersembunyi, antaranya beliau sempat merakam satu peristwa dimana lapan lelaki Uighur yang ditahan oleh polis pada pertengahan malam. Isobel dapat menemubual dengan ahli komuniti Uighur mengenai pengalaman mereka di kem-kem tersebut, dan mengenai usaha pihak China untuk membungkam sejarah dan cara hidup mereka. Lihat video sepenuhnya di atas
0 Comments