Full width home advertisement

Food & Drink Gallery

Travel

General

Post Page Advertisement [Top]

Kerajaan Baru ' Perikatan Nasional' Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi - 130 Kerusi

Kerajaan Baru ' Perikatan Nasional' Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi - 130 Kerusi
PETALING JAYA: Penyusunan semula politik yang melibatkan pembentukan sebuah kerajaan baru dijangka berlaku tidak lama lagi berikutan sokongan lebih banyak kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Tun Dr Mahathir Mohamad.
Difahamkan bahawa bilangan kerusi yang dikatakan menyokong Perdana Menteri kini sebanyak 130.
Sumber maklumat NSTP menyatakan angka 130 itu dicapai melalui perjanjian kolektif yang melibatkan lima partai politik yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, pecahan PKR yang menyokong Azmin Ali, PAS, Warisan dan Gabungan parti Sarawak.



GPS Sarawak menyatakan sokongan
Orang dalam parti berkata kehadiran ramai pemimpin di Hotel Sheraton Petaling Jaya adalah untuk menunjukkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan baru bukan sekadar spekulasi semata-mata, dan bukan khabar angin semata-mata.

"Ia juga akan melihat reallignmnet di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Perak. Apa pun, ini merupakan peristiwa bersejarah dan melambangkan perpaduan di negara ini," kata sumber itu.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir di Sheraton Hotel. Ketika beliau memasuki bilik menunggu, tepuk tangan memecah suasana di kalangan penyokong. Turut hadir ialah Ketua Bersatu melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Susunan penuh Dewan Rakyat berjumlah 222 kerusi. Kerajaan Pakatan pemerintah - Pakatan Harapan mempunyai 129 kerusi Parlimen terdiri daripada Bersatu (26); Amanah (11); DAP (42); dan PKR (50).

Sementara itu selebihnya daripada barisan pembangkang Barisan Nasional dengan 42 kerusi, yang terdiri daripada Umno (39);bMCA (2) dan MIC (1). Sementara yang lain ialah dari Parti Warisan Sabah (9); UPKO (1); PAS (18); GPS (18); GBS (3); PSB (1); dan Bebas (1). [msn.com]

Jumlah Kerusi Kerajaan Baru; Perikatan Nasional
Barisan nasional - 42
Bersatu -16
Gabungan Parti Sarawak -19
Warisan- 9
PAS - 18
Bebas - 13
Lain-lain- 4
Pecahan PKR-15

No comments:

Bottom Ad [Post Page]