Full width home advertisement

Food & Drink Gallery

Travel

General

Post Page Advertisement [Top]

Anwar Menghadap YDP Agong, Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

Anwar Menghadap YDP Agong, Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti
Malam ini 23 Feb 2020, Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Walaubagaimanapun YDP Agong belum membuat keputusan kerana baginda perlu mendapat penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Pada 24 Feb 2020, Isnin, giliran Anwar Ibrahim pula akan menghadap  DYMM SBP YDP Agong.

Kedua-dua Mahathir dan Anwar masing-masing menyatakan mereka ada cukup jumlah Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Tun M dan Anwar Ibrahim kena buktikan kepada DYMM SPB YDP Agong apa yang mereka katakan tersebut adalah benar, sebab ada di antara ahli-ahli Parlimen mereka berada dalam kedua-dua senarai Mahathir dan Anwar, mereka secara rahsia bersetuju untuk menyokong kedua-duanya.
Video Penjelasan Datuk Lokman Adam
Jika kedua-dua Mahathir dan Anwar tidak dapat membuktikan senarai Ahli Parlimen yang menyokong mereka (atau segala rundingan gagal), SPB YDP Agong boleh berkenan memanggil ahli-ahli Parlimen seorang demi seorang untuk pengesahan sokongan seperti yang berlaku di Perak dan Kedah dahulu.



Jika kedua-duanya sah tidak mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan, Perdana Menteri boleh mengangkat sembah kepada SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum ke-15. 

Sekiranya tiada keputusan yang memihak sama ada kepada Tun M atau Anwar Ibrahim, Bubar Parlimen adalah jalan terbaik, biar rakyat yang menentukan keputusan  siapa yang akan dipilih membentuk kerajaan untuk mentadbir negara melalui proses pilihanraya di mana ia lebih demokratik dan adil. 

No comments:

Bottom Ad [Post Page]