Subscribe Us

Rakaman 'Pesakit Coronavirus' Yang Sedang Nazak Menggeletar Seluruh Tubuh Begitu Menyakitkan Tanpa Perhatian Sesiapa

Video yang tersebar secara meluas menunjukkan pesakit yang nazak menggeletar seluruh tubuh dengan begitu terseksa  di bawah selimut tebal manakala beberapa pegawai kesihatan yang bertopeng muka kelihatan terlalu sibuk tidak terlayan pesakit tersebut.  Amat menyentuh perasaan melihat rakaman video bagaimana seorang pesakit mangsa coronavirus menggelatar kesakitan yang tidak terkendali oleh sesiapa di atas katil di Wuhan.  


Mangsa coronavirus tersebut diasingkan dalam kuarantin, mungkin bukan berada di hospital.

Klip video tersebut telah dirakam dari pusat rawatan wabak coronavirus di Wilayah Hubei Timur China tersebar di media sosial dimana angka kematian virus meningkat kepada 56 orang dan dijangka akan terus meningkat.
Terkini pengakuan dari seorang jururawat sebuah hospital di Wuhan yang tersebar dalam video youtube mendedahkan bahawa jumlah mangsa dijangkiti coronavirus berjumlah 90 ribu orang bukan seperti kenyataan pihak kerajaan China hanya 1000 lebih saja. [dailymail]

Post a Comment

0 Comments