Mulai Tahun 1 Januari 2020
semua stesen minyak mula menjual petrol RON
95 Euro 4M. Petrol RON 95 Euro 4M kualitinya lebih bersih daripada RON 95 sedia
ada untuk enjin dan juga persekitaran.
Bahan api baru itu kini
mengandungi kandungan sulfur sebanyak 50 parts per million (ppm); angka ini
kurang separuh daripada kandungan sama yang terdapat pada petrol RON 95 dengan
piawaian Euro 2M sebelum ini. Selain itu, kandungan benzin juga dikurangkan sebanyak
30% kepada 3.5% kini, sementara tekanan pemeruapan dikurangkan sebanyak 7%
kepada 65kPa. Ertinya, bahan api RON 95 kini lebih bersih.
Petrol RON 95 telah
dipertingkat kepada piawaian Euro 4M di semua stesen-stesen terlibat. Dengan peningkatan ini, pelanggan bukan saja
akan menikmati pemanduan yang lebih lancar, tetapi enjin turut menjadi lebih
cekap dan responsif serta bersih.
Terdahulu Petronas dan Shell
telah pun memulakan langkah awal menjual petrol RON 95 Euro 4M tersebut mulai hai ini dan
semalam di stesen-stesen minyak terpilih seluruh negara.
No comments:
Post a Comment