Tau Makan Je...Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni - orangmuo.my

Post Top Ad

Tau Makan Je...Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

Share This
DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lazat. Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda, si raja buah ini  memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Berikut antara khasiat buah durian:

Meningkatkan Imuniti
Buah durian kaya akan kandungan vitamin C, menyediakan sekitar 33 % dari dari keperluan vitamin C harian.  Makanan yang kaya dengan vitamin C ini membantu tubuh mengembangkan ketahanan terhadap agen infeksi dan radikal bebas berbahaya.

Menyembuhkan Anemia
Durian mengandungi folat yang diperlukan untuk memproduksi sel darah dan meningkatkan aliran energi baru. Justeru durian dikenal pasti membantu untuk menyembuh dan mencegah anemia. Durian juga mengandungi logam tembaga dan besi, penting dalam meningkatkan produksi darah.

Meningkatkan Kesihatan Tulang
Durian mengandungi kalsium yang baik untuk meningkatkan kepadatan tulang. Durian juga mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang.
Kalium menyeimbangkan sodium dan dengan demikian mengurangkan hilangnya kalsium melalui ginjal. Oleh itu durian membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Meningkatkan Kualiti Tidur
Tryptophan (jenis asam amino esensial) dalam durian membantu menghasilkan serotonin dan melatonin dalam tubuh. Dua jenis neurotransmiter ini membantu meningkatkan kesihatan hati, meredakan stres dan sakit kepala.

Menjaga Tekanan Darah
Buah durian mengandungi kalium dalam jumlah tinggi. Kalium diperlukan untuk menjaga jumlah natrium dan menyeimbangkan elektrolit. Oleh itu, pengambilan buah durian membantu mempertahankan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke atau serangan jantung.

Meningkatkan Fungsi Pencernaan
Isi buah durian yang lembutsangat kaya serat terbukti amat baik menjaga kesihatan pencernaan. Kecukupan serat penting untuk melindungi selaput lendir usus, mencegah sembelit, serta mengikat bahan kimia penyebab kanser di usus besar.

No comments:

Post Bottom Ad

Pages